The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Koleksi Gambar Supermoon Yang Menarik

Beberapa hari lepas fenomena supermoon telah berlaku. Namun saya tidak dapat merakam detik indah ini kerana bulan tidak kelihatan ditutup awan berjerebu.

Saya juga amat tertarik dengan gambar-gambar Supermoon yang dirakam oleh rakan-rakan yang lain dan saya ingin kongsikan beberapa gambar Supermoon dari halaman Flickr.

Semua gambar bukan milik saya dan dikreditkan kepada empunya asal gambar tersebut.

Supermoon

!SUPERMOON!

Super Moonrise Over Golden Gate Bridge San Francisco May 5 2012

Supermoon over San Francisco

Supermoon

Jet Across the Super Moon

Supermoon

Full Moon Over Earth (NASA, International Space Station, 11/11/10)

super moon

Keterangan Mengenai Supermoon

Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi. Pada 23 Jun 2013 fenomena ini dijangkakan akan berlaku.

Kedudukan

Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.

Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.

Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.

Kesannya terhadap Bumi

Tidak dinafikan, bulan menjadi punca air pasang surut disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan dan Bumi. Timbul persoalan yang mengatakan fenomena ini akan mencetuskan bencana yang lebih besar. Persoalan ini mempunyai kesahihannya kerana kesan tarikan graviti yang lebih kuat ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat. Akibatnya paras air laut akan dijangka meningkat dan air pasang besar akan berlaku. Meskinpun begitu, ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia tidak akan mencetuskan bencana.

Sumber: Wikipedia

15 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam