Outing Bersama Isteri Dan Gambar Sunrise ‘Merahnya Mak Ngah’

Gambar Matahari Terbit  Di Teluk Likas, Sabah

Pagi tadi selepas Subuh, saya dan isteri keluar ‘outing’ pertama kami sebelah pagi dengan tema matahari terbit (sunrise). Memang dah lama merancang¬† nak ‘outing’ begini, kalau ‘dating’ tu setiap harilah. Oleh kerana kekangan masa dan kerja, baru hari ini hasrat ditunaikan.

Isteri pula dah mula menunjukkan minat bermain DSLR. Syukurlah ada Nikon D60 saya untuk digunakannya. Jadi saya gunakan Nikon D7000 saya. Kalau ada satu DSLR, memang kena berkongsilah jawabnya.

Kami berhenti di Jambatan Likas dan pesisir pantai di Teluk Likas.

Baru nak belajar cara mengambil gambar matahari terbit. Banyak juga ‘defect’ pada gambar. Mujurlah saya gunakan format RAW pada kamera. Jadi, bolehlah ‘touch-up’ dengan Adobe Photoshop Lightroom. Jika sebelum ini saya biasa guna PhotoScape sahaja, ada banyak keterbatasan dalam menyunting gambar.

Memang seronok bermain setting Lightroom. Sehingga saya cuba setting yang luar biasa. Maka terhasillah gambar bertajuk, Sunrise ‘Merahnya Mak Ngah’.

Gambar Matahari Terbit  Di Teluk Likas, Sabah

Gambar di atas menggunakan fail yang sama dengan gambar pertama, namun gambar pertama di‘crop’ mengikut citarasa mata saya.

Tona warna memang jauh berbeza kerana tona warna sejuk dan panas digunakan. Memang banyak lagi kekurangan pada gambar dan perlu banyakkan belajar menyunting.

Gambar Matahari Terbit  Di Teluk Likas, Sabah

Gambar di atas pula dirakamkan di Jambatan Likas dan merupakan lokasi pertama kami berhenti. Keadaan di sini agak bahaya kerana kereta bergerak laju dan jambatan pula bergegar.

Selepas megambil gambar, kami balik dan singgah di Restoran Roszee, Indah Permai untuk membeli Nasi Kuning Ikan untuk dibawa balik.

Carian Yang Berkaitan:

sabahstay_ani

Homestay Muslim Nana Putatan Sabah in Kota Kinabalu

Apartment in Kota Kinabalu, Malaysia. Homestay khas untuk penyewa Muslim Sahaja. Ianya sebuah apartment yang lengkap dan turut disediakan kereta sewa (Cas berasingan). Berdekatan Airport KK, pasaraya dan tempat makan. Boleh memuatkan 5 orang dewasa. Tilam tambahan (cas berlainan). ... View all listings in Kota Kinabalu

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam