
SUASANA PETANG DI JELAPANG PADI – Lazimnya, tua akan menjelma selepas muda. Begitu jugalah padi, selepas masak menguning pasti akan dituai. Jika sebelum ini, saya sajikan kalian dengan sawah padi yang masih menghijau di Tuaran.
Gambar di atas saya rakamkan semasa melalui Jalan Kota Belud Bypass pada minggu lepas dengan menggunakan kamera kompak sahaja. Suasana begini memang sukar untuk dilihat di bandar-bandar. Terasa amat tenang berada di kawasan sawah padi .
Sesetengah kawasan di Sabah dan Sarawak masih ada juga kelihatan petani yang menanam padi bukit. Sudah pasti, keadaannya berbeza dengan penanam padi sawah. Cabarannya lebih besar kerana hampir keseluruhannya dilakukan dengan cara tradisional. Jentera memang agak sukar melalui kawasan berbukit.
Jika padi sawah boleh ditabur, padi bukit tidak boleh dibuat demikian. Biasanya padi bukit dibuat lubang dan dimasukkan benih padi. Kaedah ini juga dikenali sebagai ‘menugal padi’ bagi masyarakat Melayu Sarawak.
Seharusnya kita menghargai sebutir nasi yang ada. Tidak salah juga kita menyamakan sebutir nasi menyamai setitik peluh petani.
Kenali Padi
Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur. – wikipedia
erk… apasal takde gambar? Ke browser saya bermasalah?
Mama Murai dan entrinya..3 komen terbaik daripada Rock Star untuk bulan April
tempat aku! hehe
arrizz dan entrinya..Penamat Doraemon yang serius sedih
Rindu pula nak balik ke kampung isteri.. di sana banyak sawah padi..
kulanz dan entrinya..Catatan Sepanjang Mei 2012
teringat zaman kanak² dulu, lepas je menuai padi, sawah ni kami jadikan padang bola..sambil main sambil kejar burung..hehe
cikgu naman dan entrinya..Pen Parker Hadiah Untuk Cikgu Tuisyen
Kota Belud..periuk nasi Sabah tu..
Dah lama tak tengok bendang padi. Gunung Jerai!
shraqs dan entrinya..Kepentingan Memantau Uptime Dan Downtime Blog
sesetengah orang pandang hina pekerjaan petani ni. padahal, tak ada petani, mati kebulur kita tak makan nasi
Lizz dan entrinya..Koleksi Puisi – POPKON!
benar sekali..
setuju sebutir nasi menyamai setitik peluh petani. gambaran terbaik utk menerangkan kesusahan petani utk menyara hidup.
org sekarang membeli di kedai.. tak tahu susahnya menanam padi
mmg penat nk bajak,semai,baja dsb..kagum dgn pesawah2

Jebeng Otai™ dan entrinya..Kopitiam Ekonomi
teringat negeri jelapang padi =)
tak jauh bezanya
Saujana mata memandang.. Tenang!

anif dan entrinya..Harga Samsung Galaxy SIII Diumumkan
Tidak salah beras yang dihasilkan di Bario Sarawak antara yang beras terbaik.
akubiomed dan entrinya..Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?