The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Pemandangan Gunung Kinabalu Dari Jambatan Gantung Di Telibong, Tuaran

SGC - Landscape (1)

Sabtu lepas saya dan isteri seperti biasa ke Pasar Tuaran membeli barangan dapur pada sebelah paginya.

Dalam masa yang sama, saya memang berhajat untuk mencuba kamera baru Samsung Galaxy Camera (Samsung EK-GC100) yang baru dimiliki seminggu yang lalu. Tidak banyak bezanya kamera ini dengan kamera dari telefon pintar Samsung yang lain.

Sebelum ini saya ada mengambil gambar dengan telefon pintar Samsung S3 untuk entri;

  1. Ambil Gambar Dalam Air Dengan Telefon Pintar Samsung S3 Di Tuaran
  2. Melihat Senja Berlabuh Di Tuaran

Kami singgah di jambatan gantung bersebelahan dengan Loji Rawatan Air Telibong. Pemandangan pagi itu sungguh indah kerana jerebu telah tiada dan Gunung Kinabalu jelas kelihatan puncaknya.

Gambar saya edit dengan perisian Lightroom 4.3 dengan menambah beberapa ‘effect’ untuk menampakkan kelainannya dari gambar asal.

SGC - Landscape (2)

SGC - Landscape (3)

SGC - Landscape (4)

SGC - Landscape (5)

p/s: Tak sabar menunggu Samsung Galaxy S4 Zoom.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam