The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Panorama Yang Terhasil Dari ‘Cropping’ Gambar Rosak

Gambar Sawah Padi
Klik Untuk Besarkan

Siang tadi saya ke Kota Belud melawat projek bangunan tabika yang masih dalam pembinaan di bawah seliaan saya. Cuaca amat baik dan kesan jerebu agak kurang berbanding di Bandar Kota Kinabalu.

Langit cerah dan memberi memberikan impak menarik pada pemandangan sawah padi yang kami lalui. Oleh itu, saya dengan secepat mungkin mencapai kamera Samsung Galaxy dan merakam beberapa keping gambar.

Gambar Dirakam Dalam Kenderaan Bergerak Laju

Dalam keadaan kenderaan yang agak laju dipandu rakan sekerja, rakaman gambar yang saya ambil tidak sempurna. Tetapan pada kamera tidak dapat ‘membekukan’ pergerakan dalam gambar dan terjadilah gambar kabur di bahagian bawah.

Bila terasa sayang untuk membuang gambar tersebut begitu sahaja, saya melakukan ‘cropping’ pada gambar tersebut dan memilih dijadikan seperti gambar panorama. Mujurlah saiz gambar adalah dalam megapiksel yang paling maksimum.

Sunting minor menggunakan perisian PhotoScape sahaja dengan sentuhan tona warna yang minimal.

10 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam