The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Comel Nufail Sebulan Dua Minggu

Gambar Bayi Comel, Nufail

Petang semalam seperti minggu lepas juga mengambil Gambar Newborn Nufail  dengan bantuan isteri dan anak-anak.  Ada yang menarik perhatian Nufail (Mikail), ada yang menahan kain latar belakang (Amyra), ada yang menjadi koordinator gaya (Mama) dan ada juga yang seronok melihat sahaja (Hannah).

Saya memang suka menangkap gambar anak-anak semasa masih kecil. Bila dah besar sikit,  mulalah saya buka album melihat semula gambar anak-anak masih kecil.

Bila saya bertanya kepada anak-anak, gambar siapa yang saya tunjuk di album, masing-masing akan mengaku itu gambar dia. Masing-masing kata dia paling comel dalam gambar. Indahnya saat itu.

Ambil gambar dengan gear yang minima sahaja.

Nufail sudah mengampiri usia dua bulan. Sekejap sahaja masa berlalu. Saya ambil gambar Nufail dengan peralatan yang minima sahaja.  InShaAllah, minggu depan kelengkapan fotografi yang saya beli dari dalam talian akan sampai.

Buat masa ini saya gunakan apa sahaja gear yang ada.

Gambar Bayi Comel, Nufail

Gambar Bayi Comel, Nufail

Gambar Bayi Comel, Nufail

Gambar Bayi Comel, Nufail

Gambar Bayi Comel, Nufail

Gambar Bayi Comel, Nufail

Nufail Tertidur

Gambar lain Nufail di Flickr

Tak sabar menunggu set payung, stand, holder, tansmiter dan reciever yang saya belikan sampai. Ada beberapa projek akan dilaksanakan.

Saya juga masih  mencari kedai kamera yang ada menjual lensa Nikkor AF-S 85mm 1.8G dengan harga yang lebih murah berbanding di Kota Kinabalu. Harganya sekitar RM1400.

Gambar Newborn, Nufail Berumur 1 Minggu

Carian Yang Berkaitan:

15 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam