Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina

8545489840 f7ef778d9e c Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina

Gambar Matahari Terbenam

Petang semalam saya meluangkan sedikit masa untuk bermain kamera DSLR saya. Sejak akhir-akhir ini agak sibuk dengan kerja di pejabat dan kekurangan masa untuk memenuhi minat dengan kamera ini. Saya pada mulanya sekadar hanya hendak megambil gambar lanskap Pekan Telipok sahaja. Namun alang-alang matahari kian melabuh tirainya, saya teruskan dengan mengambil gambar matahari terbenam.

‘Aperture Priority’ Untuk Gambar Matahari Terbenam.

Saya tiada pengalaman khusus dan kepandaian dalam cara mengambil gambar matahari terbenam mahupun terbit. Saya cuma menukar mode kamera Nikon D7000 saya kepada mode ‘Aperture Priority’ sahaja tanpa menggunakan sebarang filter. Kemudian, halakan lensa dan terus merakam gambar. Saya luang masa yang agak singkat memandangkan suasana kurang ‘enak’ berada di kuburan cina (Nirvana Memorial Park) seorang diri.

Berikut adalah gambar yang saya rakamkan dan disunting secara ringkas dengan menggunakan perisian PhotoScape sahaja. Gambar di’resize’ mengikut kesesuaian penggunaan.

Mohon teguran dan tips dari rakan fotografer  cara yang betul mengambil gambar matahari terbenam.

8545491252 0b69725a49 b Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina

8545488778 391e46e630 b Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina

8544390799 d032e94f03 c Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina

8545487040 82a4511c60 c Gambar Matahari Terbenam Dari Kuburan Cina

Gambar lain :http://www.flickr.com

Carian Yang Berkaitan:

20 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge