The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Kapal Terbang Air Asia Terbabas Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

kapal terbang tergelincir di KIA

kapal terbang tergelincir di KIA (2)

kapal terbang tergelincir di KIA (3)

Berita berkaitan,

KUCHING – Sebaik-baik sahaja pesawat AirAsia mendarat, percikan api terhasil lantaran geseran yang berlaku antara sayap kanannya dengan landasan. Ruang kabin pula dipenuhi asap.

Bagasi yang diletakkan di ruang simpanan bertaburan. Lebih cemas lagi apabila penumpang dan anak kapal langsung tidak diberikan bantuan ketika mereka lari di padang berlumpur sebaik pintu pesawat dibuka.

Pengalaman ngeri pukul 10.02 malam kelmarin itu begitu mencemaskan buat 124 penumpang dan enam anak kapal pesawat jenis Airbus syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tergelincir dan terbabas dari landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini.

Kejadian berlaku sewaktu pesawat AK5218 dari Kuala Lumpur itu melakukan pendaratan dalam hujan lebat.

Bagaimanapun, penumpang dan anak kapal terselamat tetapi empat daripada mereka cedera.

Sumber: Facebook & Kosmo

Carian Yang Berkaitan:

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam