The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Instagram – Mainan Anak Si Ultraman

Bermain bersama anak-anak memang seronok. Kadang-kadang terkenang pula masa masih kecil. Dulu saya tak lepas dengan bermain patung Doraemon dan Fido Dido.

Anak-anak saya terutamanya Mikail amat menyukai Ultraman dan BEN10. Malam tadi saya agak boring dan terfikir nak main kamera. Tetapi kamera habis bateri pula.

Jadi sementara saya mengecas bateri, saya gunakan telefon bimbit saya menangkap gambar di bawah dan dikongsikan di Instagram yang ditambah dengan ‘Efffect’ Brannan.

Sebelum ini ada dikongsikan juga Gambar Instagram dalam entri Gambar Instagram Saya Di Kampung Malubang, Pitas, Sabah  & (Gambar Instagram) – Dari Sudut Berbeza Di Jambatan Gayang, Sulaman.

Ianya sekadar suka-suka sahaja.

Gambar Ultraman Milik Mikail

Siapa Ultraman?

Ultraman ( Urutoraman) ialah watak fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan televisyen tokusatsu atau “kesan khas”. Ultraman membuat kemunculan sulungnya dalam siri TV SF/kaiju/adiwira tokusatsu, Ultraman, sebagai susulan kepada siri televisyen Ultra Q. Rancangan ini diterbit oleh Tsuburaya Productions, dan disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai 17 Julai 1966 hingga 9 April 1967, dengan sejumlah 39 episod (40, jika diambil kira rancangan istimewa sebelum tayangan perdana pada 10 Julai 1966).

Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang kedua; Ultra Q adalah yang pertama. Rancangan ini menjadi fenomena budaya pop yang besar di Jepun dan telah menarik berpuluh-puluh rancangan tiruan seumpamanya serta juga banyak sekuel dan bikinan semula, yang kekal popular hingga kini.

Untuk membezakannya daripada wira-wira Ultra yang lain, Ultraman digelar “Ultraman yang asli” (Shodai Urutoraman?), Ultraman pertama, Ultraman Hayata (iaitu nama perumahnya) atau cuma Man.

Biodata Ultraman

  • Tinggi: 40 m (130 kaki)
  • Berat: 35,000 tan
  • Umur: 20,000 tahun Bumi
  • Kelajuan terbang: Mach 5
  • Ketinggian lompatan maksimum: 800 m (2,600 kaki)
  • Kelajuan larian: 450 km/h (280 bsj)
  • Kelajuan renang: 200 knot (230 bsj)
  • Kekuatan fizikal: boleh mengangkat sebuah kapal tangki 100,000 ton (raksasa Skydon dua kali beratnya)
  • Pekerjaan: Guru di Universiti Angkasa; Ketua Pejabat Bima Sakti Garison Angkasa ( Uch? Keibitai Gingakei Kyoku?)
  • Struktur keluarga:
    • Bapa: Pengarah Lembaga Keselamatan Angkasa
    • Ibu: Guru di Sekolah Ultra
  • Bentuk manusia: Shin Hayata (perumah)
  • Alat Penukaran: Beta Capsule

Sumber: Wikipedia

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam