The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Waktu Pagi Di Kaki Gunung Kinabalu, Pekan Kundasang

Suasana pagi yang indah dengan pemandangan menghadap Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan puncaknya adalah satu pengalaman terindah semasa berada di Kundasang, Sabah.

Sudah lama berhasrat mengambil gambar Gunung Kinabalu waktu pagi. Waktu pagi adalah masa yang ideal kerana setiap ceruk di puncak gunung ini jelas kelihatan. Cuaca yang elok ini juga, kita boleh melihat dari jauh pusat ternakan lembu Desa Dairy Farm dan beberapa resort seperti Dream World Kundasang.

MUS_7280

Saya ternampak sinaran pelangi dari Chalet No.15 (Mount Kinabalu Heritage & Spa)  tempat saya menginap. Saya ‘kejar’ momen ini. Rasa sejuk pagi yang suhunya 18 darjah celsius tidak dihiraukan.

Malangnya saya terlepas detik yang amat berharga ini. Mungkin bukan rezeki saya pagi tersebut.

Puncak Kinabalu Jelas Kelihatan

Setelah kecewa terlepas pelangi, saya berhentikan kereta di tepi jalan berhampiran Masjid Jamek Kundasang dan saya rakamkan beberapa gambar di bawah. Saya tertarik dengan permukaan batu-batuan di puncak gunung yang berkilat.

Terasa tak sabar menjejak kaki ke puncak gunung ini tahun hadapan (Ogos 2015)

MUS_7308

MUS_7293

Pekan Kundasang Pekan Sibuk

“Sibuk” yang saya maksudkan bukanlah sibuk seperti bandar-bandar, sibuk dengan kesesakan lalu-lintas. Kesibukan di pekan kecil ini, penduduk sibuk berurusniaga sayur-sayuran dan produk pertanian pada sebelah paginya sehingga senja.

Hasil pertanian dari bumi bertuah Kundasang ini diedarkan ke seluruh Sabah dan Brunei.

Kebetulan pula ketika ini adalah musim cuti sekolah, memang ramai pengunjung ke Kundasang. Homestay dan penginapan yang di Kundasang semuanya boleh dikatakan “full-booked”.

MUS_7304

MUS_7306

Sumber Gambar: Flickr

Carian Yang Berkaitan:

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam