The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Merakam Gambar Burung Di Tingkap Rumah Pada Waktu Pagi

Gambar Burung Di Atas Pokok

Gambar yang saya ambil awal pagi hujung minggu lepas. Di Sabah seperti sedia maklum memang cepat siang, pukul 6.00 pagi dah terang.

Sudah menjadi rutin setiap pagi akan membuka tingkap dan menghirup udara pagi yang dingin. Jadi terpandanglah kawanan burung tersebut. Pada asalnya tiada niat untuk ‘memburung’.

Kejar masa sebelum matahari meninggi.

Mungkin sudah lama kawanan burung dalam gambar di atas melepak di pokok mati tak berdaun tu selama ini. Cuma saya sahaja baru perasan. Cepat-cepat saya rakam ‘moment’ ini kerana matahari kian meninggi. Tidak sampai 30 minit, sinaran matahari sudah menerangi pokok tersebut.

Jadi, berjaya juga merakamkan beberapa keping gambar. Kalaulah ada lens Sigma 150-500mm f/5-6.3 (lens idaman untuk memburung), pasti gambar dapat ‘close-up’ lagi. Saya guna lens Nikon 55-300mm f/4.5-5.6G yang ada dengan semaksima zoom dan maksimum aperture f/5.6. Dapatlah juga merakam gambar daripada langsung tak dapat apa-apa.

Lupa set ISO. Gambar nampak noise.

Dalam keadaan kelam-kabut, terlupa pula set ISO yang lebih rendah. Terguna pula ISO untuk ‘setting’ waktu merakam Milky Way.

Gambar Burung Di Atas Pokok

Gambar di atas di‘crop’ untuk nampak lebih jelas lagi.

Gambar Burung Di Atas Pokok

Gambar Burung Di Atas Pokok

Inilah lokasi dan jarak sebenar pokok (objek) dari tingkap rumah.

Gambar Burung Di Atas Pokok

21 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam