Cabaran Jalan Kaki Ke Sekolah (Luar Bandar)

Gambar Budak Sekolah Pedalaman Sabah 3 Cabaran Jalan Kaki Ke Sekolah (Luar Bandar)

BERJALAN KAKI KE SEKOLAH – Aku sempat merakam gelagat murid-murid balik sekolah semasa ke Kampung Patiu, Kota Marudu minggu lepas. Anggaran kasar jarak sekolah dengan rumah mereka adalah melebihi 5KM. Bayangkan betapa jauhnya mereka menggalas beg sekolah yang beratnya tidak pasti berapa kilogram. Mereka juga terpaksa melalui jambatan gantung selain jalan tanah merah dan jalan gravel yang rosak teruk.

Aku cukup tertarik dengan usaha mereka yang cekal untuk menuntut ilmu. Timbul juga rasa kasihan melihat mereka yang kepenatan berjalan kaki dan aku tumpangkan mereka balik ke rumah. Ada juga seorang dari mereka aku dapati memetik paku pakis semasa berjalan di sepanjang jalan menuju ke rumahnya. Mungkin ia akan menjadi santapan setelah sampai ke rumah nanti.

Hujan dan panas bagi mereka adalah ‘rakan’ yang sentiasa setia mengiringi mereka semasa pergi dan balik ke sekolah. Teringat masa aku di SK Bakong, Sri Aman dulu.. Darjah 1, aku berjauhan dengan mak dan ayahku kerana mereka mencari rezeki di daerah lain. Segala urusan persekolahanku diuruskan oleh nenek dan arwah datukku sehingga aku Darjah 3. Pada masa itu, asrama turut disediakan bagi yang tak mampu berulang-alik ke rumah dan sekolah.

Bayangkan..

Murid Darjah 1 tinggal di asrama. Siapalah yang akan menguruskan mereka? Kalaulah ada kakak atau abang, kira beruntunglah. Tapi aku memang nak puji cikgu yang ada.. merekalah ibu dan bapa murid-murid yang belum mengenal erti hidup semasa di asrama.

Alangkah beruntungnya..

Murid-murid sekarang serba mewah. Ke sekolah berkereta. Baru Darjah 1 dah guna iPhone. Makan nasi lemak tiap-tiap hari. Memang seronok begitu. Budaya membawa bekal makanan dari rumah, berbasikal ke sekolah  pun dah semakin dilupakan.

Carian Yang Berkaitan:

17 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge