The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Fotografi Sekeluarga, Alat Bantu Trigger Amat Diperlukan

Gambar Fotografi Keluarga Saya

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali hujung minggu, kami sekeluarga akan keluar jalan-jalan di pantai, taman dan pusat membeli-belah. Namun hujung minggu lepas kami tidak ke pusat membeli-belah kerana  mengelak kesesakan orang ramai yang sibuk membeli barang untuk persediaan Pesta Kaamatan hujung minggu ini.

Kami ke Taman Pendidikan Lalulintas Shell Tanjung Aru. Suasana di sini memang meriah pada hujung minggu dan menjadi pilihan kebanyakkan pasangan pengantin untuk mengambil gambar ‘out-door’. Semasa berada di sana lebih kurang dua pasangan yang saya lihat bergambar di sana. Bolehlah ‘curi-curi’ tengok cara jurugambar perkahwinan mengambil gambar.

Kami memang ada merancang bergambar dengan berpakaian tema sedondon. Namun pakaian sedondon belum ada. Jadi kami ambil gambar dengan apa yang ada sahaja.

Alat Bantu Trigger (Wireless Remote Shutter) Amat Diperlukan.

Setelah selesai mengambil gambar potret keluarga saya, barulah saya sedar perlunya Wireless Remote Shutter. Saya memang sudah membeli Aputure Trigmaster II Versatile Trigger (MXII-N3), namun Aputure Data Cable tidak disertakan dalam pakej.

Aputure data cable of Gigtube Wireless II-N2-2 (N10)

Aputure data cable of Gigtube Wireless II-N2-2 (N10)

Guna Timer Shutter Release Kamera  Amat Memenatkan

Bila kelengkapan tidak mencukupi, terpaksalah mencari alternatif lain. Timer Shutter Release pada kamera digunakan. Saya set 10 saat untuk bersedia untuk bergambar.

Selain penat, lucu pun ada. 10 saat yang ada untuk bersedia, ada saja yang tak kena. Mak bapa dah sedia, anak-anak pula buat perangai dan begitulah sebaliknya. Badan pula berpeluh kerana mengejar masa.

Akhirnya dapat juga gambar yang terbaik.

Giliran Anak-Anak Dan Ibunya Pula Bergambar

Selepas selesai bergambar satu keluarga, anak-anak kehausan dan kelaparan. Nasib baik semuanya ada dibekalkan dari awal lagi. Setelah selesai menjamu selera, anak-anak bergambar secara bergilir.

Fokus ‘model’ minggu ni pada Hannah dan Mikail. Kakak Amyra tak nak bergambar sebenarnya.

p/s: Klik pada gambar untuk besarkan. Tak nak klik pun ok! 🙂

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Fotografi Kanak-Kanak Comel

Kemaskini: data cable dah ada!! Yeay!

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam