The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Hitam Putih Gambar Kandid Jalanan Di Pasar Filipina Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar Kandid Yang Disengajakan Di Pasar Filipina Kota Kinabalu, Sabah.

Senyuman Manis | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Senyuman Manis | Pasar  Malam Kota Kinabalu

Pasar Filipina Kota Kinabalu, lokasi tumpuan pelancong. Petang tadi saya bersama isteri berkesempatan singgah ke sana . Agak lama juga tidak berkunjung ke sana dan lebih-lebih lagi  sekarang kami sekeluarga tengah ‘berpuasa’ dari makan ikan kerana fenomena air laut merah.

Semasa berada di sana, para peniaga pasar malam, Pasar Filipina Kota Kinabalu masih lagi sibuk menyusun peralatan dan barangan jualan masing-masing. Ada yang memasang khemah, menolak troli, mengangkat bakul dan pelbagai lagi karenah. Begiitulah kehidupan di sini setiap hari. Mengulangi rutin yang sama dari hari ke hari demi meraih pendapatan untuk menyambung kehidupan.

Nikon 10-24mm f/3.5-4.5G ED-IF AF-S DX Autofocus Zoom Lens for Digital SLR Cameras

Berbekalkan ‘senjata baru’ lensa Nikon 10-24mm AF-S Nikkor f/3.5-4.5G DX ED yang baru ‘diijabkabulkan’ pagi tadi, saya mencuba merakamkan beberapa keping gambar. Memang seronok merakamkan gambar dengan Ultra Wide Angle Lens ini. Sudah lama mengidamkannya dan akhirnya dimiliki jua.

Saya ingin berkongsi beberapa gambar percubaan hari pertama bersama lensa baru yang saya sunting ke dalam mode hitam putih. Saya umpamakan ia seakan-akan hitam putih sebuah kehidupan. Saya tertarik dengan gelagat kanak-kanak dan terbit juga perasaan kasihan melihat anak-anak di sana yang kelihatan agak terbiar. Tidak tahulah di mana ibu-bapanya.

Gambar Skodeng | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Gambar Skodeng | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Main Sorong-Sorong | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Main Sorong-Sorong | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Gerai Bergerak | Belakang Pasar Kraftangan, Sabah

Gerai Bergerak | Belakang Pasar Kraftangan, Sabah

Tukang 'Repair' | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Tukang ‘Repair’ | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Dia Malu-Malu | Belakang Pasar Kraftangan, Sabah

Dia Malu-Malu | Belakang Pasar Kraftangan, Sabah

Sorong Bangku | Pasar Filipina Kota Kinabalu

Tolak | Pasar Filipina, Sabah

Sumber Asal Gambar: FingerClix Photography

Nikon 10-24mm f/3.5-4.5G ED-IF AF-S DX Autofocus Zoom Lens for Digital SLR Cameras

Nikon 10-24mm f/3.5-4.5G ED-IF AF-S DX Autofocus Zoom Lens for Digital SLR Cameras

Carian Yang Berkaitan:

13 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam