The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Festival Muzik Gunung Homestay Pada 26 – 27 September 2014

Walai Tokou Homestay Kundasang

Walai Tokou Homestay Kundasang dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia Cawangan Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah serta Persatuan Homestay Sabah akan menganjurkan acara muzik yang dinamakan Festival Muzik Gunung Homestay 2014.

Acara ini akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2014 ini di ” Walai Tokou Homestay’ Kg. Sinisian Kundasang bermula pada jam 7.00 pagi dan dijangkan tamat pada jam 11.00 malam ini akan dirasmikan oleh YB. Datuk Dr Ewon Ebin.

Pelbagai acara bakal berlangsung pada festival tersebut termasuklah Homestay Talent, Battle of Ethnic Creative Band, Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-Kanak, Pertandingan Mencipta Bendera dan Logo Walai Tokou Homestay, Pertandingan Inovasi Menu Masakan, Anugerah Pemuzik Gunung, Program Menam Pokok dan beberapa acara menarik yang lain.

Pengunjung juga boleh melawat gerai-gerai pameran dan jualan serta berhibur dengan acara hiburan dari artis jemputan.

Acara-acara yang akan berlangsung adalah terbuka untuk disertai oleh sesiapa sahaja samaada pelancong tempatan mahupun luar negara.

Pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Penyelaras Program ini iaitu En. Kohadie Watiman

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam