The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Festival Kesenian Islam 1435h/2014m Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu

Festival Kesenian Islam JHEAINS Sabah 2014
– gambar hiasan

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan menganjurkan Festival Kesenian Islam 1435H/2014M Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Majlis Tilawah Al-Quran akan diadakan pada 19 Mac 2014 (Rabu) bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah dan Pertandingan Nasyid, Kompang, Marhaban Dan Berzanji yang akan diadakan pada 27 Mac 2014 (Khamis) bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi Majlis Tilawah Al-Quran akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM300, RM250 dan RM200 berserta sijil penyertaan, masing-masing. Selain itu, empat hadiah saguhati bernilai RM50 dan sijil penyertaan turut disediakan.

Manakala johan, naib johan dan tempat ketiga bagi Pertandingan Nasyid (Kategori Moden dan Kategori Tradisi), Kompang, Marhaban Dan Berzanji akan masing-masing memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500, RM300 dan RM200 berserta sijil penyertaan. Di samping itu, tiga hadiah saguhati bagi setiap kategori pertandingan, berupa  wang tunai bernilai RM100 dan sijil penyertaan, juga turut ditawarkan.

Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Pengurusan Dan Perhubungan Awam, Tingkat 1, Bangunan DBKK atau memuat turun maklumat dari laman web www.dbkk.sabah.gov.my.

Tarikh tutup penyertaan untuk Majlis Tilawah Al-Quran adalah pada 14 Mac 2014 (Jumaat). Manakala tarikh tutup penyertaan untuk Pertandingan Nasyid, Kompang, Marhaban Dan Berzanji adalah pada 21 Mac 2014 (Jumaat).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Hajah Asmah Entoh (Samb. 798) / En. Awang Salim Awang Asi (Samb. 763) / En. Merin Sidin (Samb. 763) di talian 088-521800.

Sumber: DBKK

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam