The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Festival Betitik Dan Pertandingan Karaoke Anjuran UMNO Tuaran

Festival Betitik Sabah Bangsa Bajau

Biro Kebudayaan dan Kebajikan UMNO Bahagian Tuaran akan menganjurkan Festival Bertitik dan Pertandinga Karaoke pada 27 April 2014 ini. Acara akan berlangsung di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Pertandingan Karaoke ini hanya mempertandingkan lagu-lagu Bajau Sama sahaja. Jika berminat untuk meyertainya, tarikh tutup penyertaan adalah 19 April 2014.

Borang pertandingan dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi;

  • Kategori Betitik – OKK Daud Hj Sidek (016-8257767)
  • Pertandingan Karaoke – Haryati (016-8497070) / Rashidah (016-5886425)

Info Betitik/Bertitik

Dalam bahasa Bajau, betitik bermaksud memukul atau mengetuk alat muzik. Persembahannya tidak akan lengkap tanpa disusuli dengan lagu dan tarian yang berbeza mengikut kawasan dan etnik.

Acara betitik masih popular terutama ketika majlis keramaian dan perkahwinan khususnya di kawasan yang didiami oleh majoriti penduduk dari kedua-dua etnik itu.

Difahamkan, kejayaan sebenar bagi acara betitik bergantung kepada alat muzik yang digunakan iaitu kulintangan, tawak, bandil dan gendang.

Sebanyak enam pemain diperlukan untuk memainkan alat-alat betitik. Dua pemain untuk mengetuk tawak dan gendang serta masing-masing seorang untuk bandil dan kulintangan.

Pada kebiasaannya, pemain-pemain betitik ini terdiri daripada golongan tua. Begitupun, acara betitik ini sememangnya sangat menghiburkan kerana ia tidak memerlukan alat muzik tambahan.

Lagu-lagunya enak didengar meskipun pendengar mungkin tidak memahaminya kerana dinyanyikan dalam bahasa Bajau dan Sama.

Carian Yang Berkaitan:

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam