The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Fakta Menarik Mengenai Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu, Sabah

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.  Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara, Hkakabo Razi di Myanmar (5881 meter), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan.

Pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan “Kinabalu” asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan “Aki’ Nabalu”, yakni “Aki” membawa maksud nenek moyang, manakala “Nabalu” beerti gunung, “Gunung Nenek Moyang” dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

  • Puncak Low’s (Low’s Peak) (4095.2m)
  • Puncak St. John’s (St. John’s Peak) (4090.7m)
  • Puncak Oyayubi Iwu/puncak victoria (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan .

Beberapa kes kematian pendaki di Gunung Kinabalu di antaranya adalah Ellie James, 17 (Britain),  Mohd Yusuf Sarip, 51 (Kuala Lumpur) dan yang terbaru Victoria Paulsen, 22 (Jerman) dan beberapa kes pendaki terkandas.

Kredit: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kinabalu

Carian Yang Berkaitan:

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam