Malam pertama
Diampunkan dosa dosa orang yang bersembayang tarawih seperti bayi yang baru dilahirkan.
Malam kedua
Diampunkan dosa orang yang berterawih dan dosa dosa kedua ibu bapanya
Malam ketiga
Para malaikat di bawah Arasy menyeru umat manusia supaya terus berterawaih pada malam berikutnya, dan memohon supaya diampunkan dosa dosa mereka.
Malam Keempat
Pahala orang yang berterawih sama seperti orang yang membaca kitab kitab Injil, Zabur, Taurat dan Al Quran.
Malam Kelima
Pahala orang yang berterawih sama seperti dia bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya
Malam keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
kredit:
http://nurizspace.blogspot.com/2010/08/fadilat-solat-terawih.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Tarawih
semoga bulan Ramadhan di tahun ini membawa berkah untuk bulan-bulan yang akan datang serta amal ibadah kita di terima dan diridhai Allah swt. Amiin.
terima kasih atas kunjungan anda ke blog saya..
selamat berpuasa..
amin.
salam, hanya ingin berkongsi maklumat yang sy ketahui,
ini link dari MUFTI sendiri…. yang mana bertajuk KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH
http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06
yg mana baek kita sampai2kan
http://www.youtube.com/watch?v=qnLxvQVAoO8&feature=player_embedded
video dari blogger joegrimjow
thanks atas perkongsian
setahu saya tidak wujud fadhilat solat sunat tarawikh.perkara ni diada-adakan
ye ke bro?
terkejut tgk, nak penuh masjid!!
harap2 berterusan..
harap begitulah.. semangat ramadhan biar ke penghujung bulan.
nice! bookmarked this! selamat berpuasa org sabah
selamat berpuasa!!!
begitu besar keberkatan yang Allah beri sepanjang ramadan..cuma umat manusia je yang tak nak terima
betul tu bro..
manusia ni buat-buat tak tahu jer
semoga sentiasa sihat untuk terawih
amin.. amin..
salam..
wahhh..solat kat umah jer huhuuhu..
bro mus tinggalkan Ucapan Ramadan Buat Yang Tersayang kat dalam blog suri ya..plesss
ok..
nanti mus tinggalkan ucapan!
Salam.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. tadi pagi sahur apa?
salam..
sama-sama..
makan nasi goreng!