facemak

Terlebih dahulu, gambar di atas sekadar gambar hiasan.

Aku sekadar nak berkongsi pasal gambar orang pakai facemask sepanjang penularan penyakit H1N1 & Live Blogging. Tiada info H1N1 di sini.

Aku plan memang nak setting flickr aku nak buat liveblogging. Jeles jugak aku bila tengok masing-masing rakan blogger buat live blogging. Siap ada yang buat cabaran buat live blogging lagi.

Bayangkan…

Pagi tadi semasa memandu ke tempat kerja, aku terlepas mengambil satu babak yang aku fikirkan paling lucu untuk minggu ini. Ada seorang pakcik yang berjogging di tepi jalan memakai 2 facemask. Menutup mulut dan dahi. Mata jer yang nampak. Macam Zorro pun ada jugak.. Sayangnya, aku tak sempat nak shoot.. Kalau sempat.. mesti adalah modal untuk gelak hari ni..

Tapi, banyak gelak.. kurang pulak pahala puasa nanti.. Ada hikmah tak sempat shoot gambar pakcik tu. (esok mesti jumpa Pakcik tu lagi)

Related Posts with Thumbnails