The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Ekspo Pelaburan Hartanah dan Kediaman (PIHex) Pada 10-12 Mei 2014

PIHex - Property Investment & Home Expo

Edisi kedua Ekspo Pelaburan Hartanah dan Kediaman (PIHex) akan diadakan dari 10 hingga 12 Mei di Pusat Dagangan Sabah dari 10 pagi hingga 8 malam.  Ekspo itu disasarkan untuk menampilkan pembangunan hartanah yang rancak di dalam dan luar Malaysia.

Ekspo itu juga adalah satu usaha mendidik orang awam dalam mengetengahkan pelbagai peluang pelaburan hartanah yang tersedia di pasaran, serta menyebarkan maklumat kepada pelabur hartanah dan pembeli kediaman mengenai pergerakan industri.

Pameran yang dibuka kepada umum secara percuma ini terdiri daripada lebih 100 booth, galeri pameran dan pelbagai bengkel yang dikendalikan peneraju industri.

Ceramah Pelaburan Hartanah juga akan dikendalikan oleh penceramah berkaliber dalam industri ini. Mereka yang membuat tempahan sebelum 1 Mei layak untuk memperoleh keistimewaan beli satu dapat satu percuma. Kadar biasa adalah RM100 seorang, untuk sehari.

Terdapat juga berita baik untuk pembeli hartanah, yang mana untuk setiap hartanah yang dibeli ketika PIHex melayakkan pembeli menyertai cabutan Ganjaran Tunai RM2,000  dan juga peluang untuk memenangi sebuah Volkswagen Polo Sedan.

PIHex adalah sebuah acara Business-to-Consumer (B2C) yang berhasrat membawa pelabur dan pembeli kediaman kepada pemaju hartanah dengan permintaan meningkat dalam hartanah perdana. Ia akan menampilan pemaju dan projek untuk pelabur dan pembeli di Kota Kinabalu, serta tempat lain di Sabah.

Anugerah PIHex juga akan diadakan untuk menggalakkan kreativiti dan mengekalkan kualiti tinggi Ekspo. Pengiktirafan akan diberikan kepada syarikat yang layak dalam kategori berikut: Anugerah Rekaan Booth Terbaik, Anugerah Model Skala Terbaik dan Anugerah Rekaan Brosur Terbaik.

Tahun ini akan menyaksikan tiga edisi ekspo ini dijalankan di Sabah: PIHex KK (10 hingga 12 Mei), PIHex Sandakan (14 hingga 16 Jun) dan PIHex Tawau (12 hingga 14 Julai). PIHex – Ekspo Pelaburan Hartanah dan Kediaman adalah ekspo hartanah terbesar di Malaysia Timur, menampilkan lebih 50 pemaju dari serata Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pihex.com atau facebook.com/pihex

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam