The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Koleksi Gambar Yang Disunting Dengan Aplikasi Snapseed

 #snapseed

Kini terdapat pelbagai jenis perisian atau aplikasi untuk penyuntingan imej/gambar yang ringkas. Sebelum ini saya menggunakan PhotoScape, Picasa, Photoshop dan beberapa perisian lain. Gambar-gambar ini disunting secara terus dari kamera telefon pintar.

Saya juga telah cuba menggunakan perisian Snapseed. Hampir dua bulan saya menggunakan aplikasi Snapseed di telefon pintar saya. Saya kemudiannya memasang perisian Snapseed ini pula di komputer pula.

Saya agak suka dengan suntingan gambar yang ringkas dan mudah. Aplikasi Snapseed mudah untuk digunakan.

Gambar -gambar di bawah saya ambil dengan kamera telefon Samsung S3 sahaja. Ruang masa yang terluang saya isi dengan menyunting gambar-gambar dan saya kongsikan di Instagram.

Contoh Gambar Yang Sudah Disunting Dengan Snapseed.

Nemo

Nemo – gambar yang diambil semasa minum di JC Cafe, Tuaran. Ada sebuah akuarium ikan air masin di sana. Saya penah berkongsi mengenainya pada entri Ambil Gambar Dalam Air Dengan Telefon Pintar Samsung S3 Di Tuaran.

Pokok Mati

Pokok Mati – Gambar diambil di perkarangan tempat kediaman saya. Ini antara gambar ‘favorites’ saya!

Lokan Bakar Salut

Lokan Bakar – Hidangan yang saya suka, lokan bakar banyak dijual di Jalan Salut. Air kelapa bakar turut ada dijual di sana. Boleh baca artikel ini, Lokan Bakar, Kelapa Bakar, Puding Kelapa di Salut.

Si Gaman

Si Gaman – ‘Gaman’ ialah nama panggilan untuk lelaki dan ‘Ginan’ pula nama panggilan untuk perempuan dalam Bahasa Dusun. Beliau datang membantu saya memberi maklumat mengenai kejadian tanah runtuh di salah sebuah kampung di Menggatal minggu lepas.

Gunung Kinabalu

Puncak Kinabalu – Gambar diambil semasa dalam perjalanan ke salah sebuah kampung di Menggatal.

Petang Di Tuaran

Senja Di Tuaran – Sementara menunggu isteri membeli barangan dapur, saya ambil kesempatan merakamkan detik senja dengan kawanan burung bertebangan pulang ke sarang di ruangan udara Pekan Tuaran.

Menara Telekomunikasi

Menara Telekomunikasi – Gambar dirakamkan di sekolah anak saya. Sementara anak habis kelas TaeKwondo. Boleh baca artikel ini, Dulu Saya ITF, Sekarang Amyra Pula Dengan WTF.

Hujan Di KK

Hujan Di Kota Kinabalu – Gambar siang tadi, hujan yang sangat lebat dan menyebabkan beberapa jalan di Bandaraya Kota Kinabalu ditenggelami air.

Dam Ular

Dam Ular – Inilah mainan anak-anak sejak tablet mereka rosak. Boleh baca di Ada Hikmahnya Tablet Anak-Anak Rosak.

Blok R

Blok R – Gambar persekitaran kediaman saya.

Kepada yang berminat untuk mencuba perisian Snapseed ini, boleh halaman berikut;

  1. Android – Playstore
  2. Apple – iTunes
  3. PC – Windows

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam