The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Durian Merah, Duri Panjang Rasa Lemak Manis Di Sabah Dan Sarawak

Durian Merah Tenom

Hari ini saya ke Tenom melalui Tambunan dan Keningau. Selepas selesai melaksanakan tugasan, kami singgah di Pasar Pekan Tenom.

Ada pasar tamu rupanya di sini setiap hari Rabu. Tidak ramai sudah penjual buah-buahan di sini. Mungkin sudah di fasa akhir musim buah agaknya.

Saya tertarik dengan Durian Merah yang dijual di sini. Warnanya merah dan ada juga berwarna kuning terang/oren cukup menarik perhatian yang tidak  biasa melihat durian ini.

Masyarakat tempatan Sabah lebih mengenalinya sebagai durian Dalit, Sukang (Kadazandusun), Lalit (Bisaya) , Mara’ang (Sungai) dan beberapa nama lain.

Jika di Sarawak, durian jenis ini dikenali sebagai durian Isu/Isau dan masyarakat Kenyah menggelarnya durian Daun kerana lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa.

Jika tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang lain mempunyai nama saintifik, tidak ketinggalan juga bagi nama saintifik buah DURIAN MERAH iaitu “Durio Graveolens”. Dari satu sumber yang saya dapat, beliau mengatakan bahawa “Durio” membawa maksud ‘Famili’ dan “Graveolens” pula membawa maksud pada ‘Bombaceae’.

Durian jenis ini menurut penjualnya, ada yang jenis masak dan jatuh ke tanah dan ada juga jenis yang masak dan tidak akan jatuh, kiranya masak dan buruk di dahan. Duri pada kulitnya lebih panjang dari durian biasa. Manakala rasanya kurang manis dan berlemak.

Durian Dalit Sukang

Selain rasanya berbeza dengan durian biasa, ianya sesuai dimakan oleh pesakit kencing manis dan darah tinggi. Dengan memakannya banyak tidak memudaratkan seperti memakan durian biasa kerana gas/panas durian merah ini kurang/hampir tiada.

Selain dimakan begitu sahaja, ia juga dibuat tempoyak.

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam