Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau-Kimanis

556857 328662863879784 1911230833 n Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

SEJUK DAN NYAMAN -  Jumaat lepas saya  ke Pekan Sook menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas. Kebetulan pula perjalanan jauh membuatkan kami kehausan dan berhenti berehat sekejap di Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran. Inilah kali pertama saya singgah di sana.

Mungkin kedudukan yang tinggi dari aras laut dan terletak di Banjaran Crocker, pada tengah hari terik itu suhu dicatatkan mencecah 25 darjah celcius . Bayangkan jika waktu malam, mesti lebih sejuk.

Lokasinya juga amat stategik  bagi pengguna Jalan Kimanis-Keningau untuk berehat di sana. Selain penat memandu, kereta yang digunakan juga boleh ‘direhatkan’ sebentar memandangkan pendakian dan penurunan jalan yang curam pasti akan memanaskan pad brek kenderaan.

Bagi pengunjung yang ingin bermalam pula, terdapat bilik penginapan boleh disewakan. Harganya pula bermula dari harga RM85.00 semalam. Terdapat sebuah restoran juga disediakan untuk pengunjung.

Pemandangan hijau hutan hujan khatulistiwa akan merehatkan mata. Kecantikan kawasan ini pasti akan memukau siapa sahaja.

Info Tambahan Mengenai Dimie Pedalaman Resort, Kimanis

Kebanyakan pengusaha hotel atau resort gemar memilih kawasan-kawasan utama pelancongan untuk menjalankan perniagaan mereka. Pemilihan kawasan seumpama ini biasanya akan memberi jaminan bahawa perniagaan mereka boleh dijalankan sepanjang tahun kerana ia pasti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara. Berbeza dengan Suzielyn Dimie yang memilih untuk mendirikan resort di kawasan pedalaman berbukit-bukau di Daerah Kimanis, Sabah. Hotel yang didaftarkan atas nama Dimie Pedalaman Resort itu secara spesifiknya terletak di Jalan Batu 16 yang merupakan lokasi laluan utama antara Kota Kinabalu dengan kawasan perkampungan di sekitar Keningau, Tambunan dan Kimanis.

Menurut Suzielyn, perniagaan ini sebenarnya bermula dengan gerai minuman yang dibina oleh ayahnya pada tahun 1999. Sehinggalah pada tahun 2003, ayahnya berminat mencuba perniagaan resort memandangkan kawasan kedai ini sangat strategik, selain mempunyai pemandangan yang menarik. Selain bilik penginapan, resort ini turut tersedia dengan kemudahan restoran yang membolehkan sesiapa sahaja melalui kawasan itu singgah menjamu selera. Suzielyn turut menanam beberapa jenis tanaman tanah tinggi secara kecil-kecilan di kawasan resort seperti kubis, epal, strawberi, anggur dan pelbagai jenis sayur-sayuran, termasuk juga memelihara beberapa jenis ikan air tawar di kawasan berhampiran. Hasil tuaian tanaman-tanaman tersebut digunakannya untuk keperluan restoran dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan kos.

Tambah Suzielyn, beliau bercita-cita untuk mewujudkan cawangan kedua bagi Dimie Pedalaman Resort. Namun, disebabkan kekangan dana, dia terpaksa melupakan seketika hasrat itu dengan memberi fokus kepada perniagaan sedia ada. Namun, berkat usaha keras bersama keluarganya, Suzielyn kini sedang dalam fasa menggerakkan operasi pembinaan cawangan resort kedua di Daerah Kundasang. Beliau memaklumkan, projek pecah tanah telah dilakukan dan proses pembinaan dijangka mengambil masa lebih kurang setahun. Ini merupakan satu permulaan terbaik kepada Suzielyn dan keluarga untuk terus memperkembangkan perniagaan mereka ke cawangan-cawangan baru. Pada masa akan datang, Suzielyn bercadang untuk membina kawasan rekreasi di sekitar resort dalam usaha menambah lebih banyak lagi kemudahan kepada pelancong yang datang menginap. – sumber

Pemandangan di Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran

270852 328662913879779 1500403861 n Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

541990 328662940546443 1181436493 n Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

579470 328663033879767 1084535442 n Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

255585 328663180546419 1085559895 n Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

556414 328663283879742 1086524241 n Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

556484 328663367213067 2560721 n Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

pixel Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau Kimanis

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Pelancongan and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

22 Responses to Dimie Pedalaman Resort Hotel Dan Restoran, Jalan Keningau-Kimanis

  1. obat herbal says:

    wah……
    enak tuh………

  2. Denaihati says:

    25′c waktu tengah hari, memang nyaman. cantik pemandangan tempat ni

  3. titan says:

    wahh, tak pernah gi lagi ni..
    titan dan entrinya..Pemenang Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012My Profile

  4. tehr says:

    betul2 tepi jalan ni
    senang dan menyenangkan untuk pengembara singgah
    tehr dan entrinya..Lelaki Kacak Bersosial Dengan DiGiMy Profile

  5. nurmisnan says:

    Tak pernah pula sampai kesini. nampak menarik + udara dan suasana nyaman…
    nurmisnan dan entrinya..Marilah menanam tanaman di Syurga pulaMy Profile

  6. akubiomed says:

    Terletak ditepi jalan utama dan suhu pun nyaman.
    akubiomed dan entrinya..Abang Ensem di Mata AkuMy Profile

  7. sweetkurma says:

    nampak menarik sangat2…belum pernah sampai ke sini

  8. lokasi tepi jalan mmg snang nk crik.. :)
    LangkawiHomestay dan entrinya..Gunung RayaMy Profile

  9. Juan says:

    theme blog kali ni nmpk lebih kemas dan cantik, gambar pon nmpk menarik, blog ni boleh dah menang sebagai blog jalan jalan cari makan
    Juan dan entrinya..Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012My Profile

  10. suri says:

    elok sungguh tempatnya di tepi jalan mudah org nak kesana.. :)

    susun tmpt pemginapan pun kemas besih teratur nampaknya
    suri dan entrinya..Penawar Cinta Buat Yang BerdukaMy Profile

  11. anif says:

    25 darjah celcius itu cukup nyaman! :D
    anif dan entrinya..F1 – Lewis Hamilton Menang Di MontrealMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya