Desa Cattle Farm Umpama ‘New Zealand’ Malaysia

Susu Lembu Desa Cattle Kundasang Desa Cattle Farm Umpama New Zealand Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini adalah sambungan dari lawatan ke Ladang Teh Sabah yang lepas.

Aku ingin berkongsi info mengenai tempat tarikan pelancong yang terletak di kawasan Tanah Tinggi Mesilau, Ranau iaitu Desa Cattle Farm. Menurut laman facebook Desa Cattle, ladang ini dibuka pada tahun 1981 dengan keluasan 199 hektar. Memang luas sekali padang ragut di sana. Lokasi ladang yang jauh dari kesibukan kota dan jalan utama memang sesuai untuk pembiakan lembu. Udara di sana memang bersih dan sejuk dan Gunung Kinabalu juga jelas kelihatan.

Ladang ini diuruskan oleh Desa Dairy Project, TENUSU DESA, of Desa Cattle (S) Sdn. Bhd yang mana mereka mensasarkan pengeluaran sebanyak 900,000 liter susu setahun. Lembu-lembu yang ada di sana adalah dari jenis Friesians . LembuĀ  ini dijangka mampu menghasilkan susu secara purata 14 liter sehari untuk seekor lembu.

Aktiviti memerah susu lembu juga ada dibuat di sana. Sudah pasti melihat sendiri proses memerah susu lembu adalah satu pengalaman berharga kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Susu lembu segar juga ada dijual di sini.

Memang sedap meminum susu lembu segar di samping merasai suasana seakan-akan berada di New Zealand. Bagi yang tidak berkesempatan merasa susu lembu di sana boleh dapatkan di pasaraya berdekatan di sekitar Sabah dan Sarawak. Bagi peminat susu kambing, ia juga ada dipasarkan.

Jalan menuju ke ladang ini sedikit mencabar kerana jalan yang curam dan dinasihatkan kereta yang cukup baik dan pemandu yang mahir diperlukan.

Inilah yang dikatakan segar dari ladang.

Bayaran Masuk Ke Desa Cattle

  • Dewasa : RM3
  • Kanak-Kanak: RM2

Gambar Sekitar Desa Cattle

310359 184482814964457 1225978215 n Desa Cattle Farm Umpama New Zealand Malaysia

320867 184482684964470 1203276819 n Desa Cattle Farm Umpama New Zealand Malaysia

296719 184482614964477 1570425977 n Desa Cattle Farm Umpama New Zealand Malaysia

321622 184482248297847 209265626 n Desa Cattle Farm Umpama New Zealand Malaysia

Info Lanjut : Desa Cattle Farm

Carian Yang Berkaitan:

21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam