The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Dasar Baru MAS Bagi Bagasi Daftar Masuk

Gambar Pramugari MAS

Syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia Malaysia Airlines System (MAS) kini mengemukakan dasar baru bagi lebihan bagasi yang didaftar masuk bagi setiap penerbangan.

Berkuatkuasa pada 28 Mei ini, semua penumpang penumpang dibenarkan mendaftar masuk maksimum dua bagasi percuma, masing-masing seberat 30 kilogram (Ekonomi), 40 kilogram (Bisnes) dan 50 kilogram (Kelas Satu).

Syarikat penerbangan negara itu juga menyemak semula beberapa kadar baharu untuk bayaran bagasi berlebihan muatan mengikut kadar blok setiap 5 kilogram.

Untuk perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kadar baharu ialah RM45, antara Semenanjung dan Sabah atau Sarawak (RM55), Asean (RM70), Asia Selatan/China (RM100), Asia Utara/Australia, New Zealand dan Timur Tengah (RM115) dan Eropah RM170.

Ahli Enrich dan oneworld layak memperoleh berat muatan tambahan berdasarkan status keahlian mereka.

Rujukan lanjut di Book & Plan – Baggage

Sumber:  Bernama | Gambar

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam