
MENU RINGKAS TAPI BERAT – Hari ini saya mengambil cuti rehat kerana menemankan isteri ke hospital. Sebelum ke hospital, kami singgah sarapan pagi di Berungis Cafe. Lokasinya terletak di belakang Tang Dynasty Lodge, Tuaran. Daging kambing masak halia menjadi pilihan.
Menu saya pagi ini memang agak berat memandangkan tengah hari ini saya agak sibuk menemankan isteri. Malam tadi memang merancang nak makan daging kambing. Namun tiada kesempatan.
Mengidam Daging Kambing Masak Halia
Syukurlah pagi ni dapat juga merasa daging kambing masak halia. Saya berpuas hati dengan menu yang saya pesan.
Restoran ini menjadi tumpuan ramai kerana ianya tenang dan selesa untuk menjamu selera. Bagi yang tak dapat dipisahkan dengan Facebook, Instagram, Twitter dan media sosial yang lain, di sini juga disediakan sambungan wifi secara percuma. Sudah pasti memudahkan kaki media sosial mengemaskini status ‘wall’ mereka.
DI restoran ini juga ada dilekatkan logo halal dan ia menambah keyakinan saya dengan restoran ini.
Posted from WordPress for Android (S3)
alamak! tak pernah cuba lagi daging kambing masak halia!
harus pekena ni.. hehehe
maza dan entrinya..Maza bukan peragut itu
cukup untuk seorang
daging kambing tak boleh makan banyak, mus
panas
hehe
tehr dan entrinya..Haruan Makan Anak
Sedap tu..
Terasa macam nak makan tengahari sekali lagi!
anif dan entrinya..Teka Teki Teka Tekuk #2