The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun Satu Sesi 2016 Dan 2017

Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Negeri Sabah

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengumumkan bahawa tarikh bagi pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 bagi sesi 2016 dan 2017 adalah seperti berikut;

Sesi 2016
Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010

Sesi 2017
Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011

Tarikh pendaftaran bermula 1 Februari 2015 hingga 30 April 2015 bertempat di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (cina).

Terlewat mendaftar anak anda akan mengundang masalah penempatan kerana sesetengah sekolah tidak akan menerima lagi pelajar sekiranya sudah mencapai had kemasukan murid.

Ibu bapa kena bertindak sekarang dan sediakan dokumen seperti berikut semasa mendaftar;

  • Kad Pengenalan Ibu, Bapa/Penjaga (salinan disahkan)
  • Sijil lahir/MyKid Kanak-kanak (salinan disahkan)
  • Penyata Gaji (salinan) – jika perlu
  • Bil air/elektrik/Astro (tertera alamat kediaman)

p/s: anak saya dah daftar dan sudah diterima masuk tahun 1. 😛

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam