Cuti Good Friday! Misi Mencari Bubur Ayam TERSEDAP Di Pekan Tuaran.

Nampak nama jalan tu? Aku fikir ianya unik. Lalu aku suruh isteri aku shoot gambar papan tanda jalan tu.
Jalan tu adalah salah satu jalan yang ada di Pekan Tuaran.
Hari ini adalah cuti Good Friday. Isteri mengajak ke Pekan Tuaran untuk membeli Bubur Ayam Pekan Tuaran yang katanya lebih sedap daripada Bubur Ayam McD..
Setibanya di lokasi yang ditujui..
Semak fikiran.
Mencari lot letak kereta yang kosong. Semuanya penuh!
Satu pusingan yang hampa dan diteruskan dengan satu pusingan lagi untuk kali kedua.
Oh yes!! Ada lot letak kereta kosong..
Letak kereta betul-betul di belakang tamu / gerai menjual ikan segar.

Makcik ni buat tak tahu saja yang aku nak ambil gambar dia. Dia leka dengan jualannya.
Lokan, ketam, sotong, udang dan bermacam-macam lagi dijual di sini.

Seterusnya mengkut isteri ke gerai Bubur Ayam yang dimaksudkan tadi.

Inilah penjualnya! Hebatnya resipi pak cik ni!

Dan ini antara bahan-bahan untuk Bubur Ayam dan Nasi Lemak di gerai pakcik tu.

Penat berjalan-jalan (secara tak langsung bersenam) mengeluarkan peluh masam di pagi hari, sempat menyedut air cendol yang sedap! Murah saja! Bungkus 50sen dan Cawan RM1.00

Sebelah gerai kat atas tu ada gerai jual Gado-Gado. Murah sahaja! 60sen sebungkus! Aku rembat 2 bungkus! Memang sedap! Tapi kakak yang menjualnya serius semacam.. (gambar kena curi, siapa tak marah?)

Misi diakhiri dengan membeli sedikit sayur-sayur untuk hidangan tengah hari ini.

Seterusnya, balik!
UPDATE:
- Ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah ke atas pemergian insan seni yang amat diminati, Allahyarham Din Beramboi. Al-Fatihah..
- Mikail dah makin sembuh dari demamnya..
psst:
Gambar Bubur Ayam dan Gado-Gado tak sempat nak shoot kerana dah haabbiiiisss…



pada 2 tahun lepas
jelingan maut!
mau gado ka??
kata akk penjual gado2 itu
pada 2 tahun lepas
bestnye mesia, syurga mkn2 ….
pada 2 tahun lepas
terlebih makan, badan merana!
pada 2 tahun lepas
aduhai leleh air liur kamek eh…..kamek hari sabtu tok tek….terpaksa cari kat nonok bubur ayam…
ktk lamak sik balit moyan kah…?
pada 2 tahun lepas
teringat hari tu ada satu gerai di pasar malam tuaran yang jual soto paling sedap.. hampir setiap malam lepak di gerai tu selama seminggu duduk di tuaran tu..
pada 2 tahun lepas
@kulanz, ni kena terjah ni.. gerai manalah yang bertuah tu..
pada 2 tahun lepas
wah.wah terasa sungguh perutku sudah mula membentak minta di isikan nasi semula..huhu.
pada 2 tahun lepas
itu tandanya perut perlu diisi…
kalau dapat makan free lagi sedap!
pada 2 tahun lepas
bro, kat sabah, kwsn mana ek yg paling kurang org islam?
pada 2 tahun lepas
@x-po,
Aku pun tak sure..
ada yang hidup bercampur dalam 1 kawasan.
Nama mcm org puteh pun tak semestinya bukan islam..
pada 2 tahun lepas
Wah… jauhnya pergi mencari bubur ayam. Apa yang best sangat bubur ayam tu? Sampai licin
pada 2 tahun lepas
@imran, entahlah bro…
rasanya sedap sangat!
biar jauh asal hati isteri gembira!!
pada 2 tahun lepas
Kena minta resepi bubur ayam tu kalau sedap…
. Nama jalan tu memang unik.
pada 2 tahun lepas
@Anjung Web,
resipi rahsia tu..
banyak lagi nama jalan yang pelik-pelik
pada 2 tahun lepas
betul2 sadap ka???… wah… next trip mau singgah ni…hehe
pada 2 tahun lepas
@alyrds, sedap untuk yang lapar.. hihihi
mmg sedap bro..
Gado-gado pun boleh tahan rasanya…
pada 2 tahun lepas
@Mustaffa Yasin, gado² lama nda merasa woo….. teringat plak jaman sikul d labuan..huhu
pada 2 tahun lepas
lama tak makan bubur, bubur ayam..fuhh sedapnya.
alhamdulillah mikail semakin sembuh.
pada 2 tahun lepas
@zik, Bubur ayam kat gerai lebih sedap dari McD bro..
Murah & Sedap!
Mikail dah sihat!
pada 2 tahun lepas
makan jangan tak makan…
pada 2 tahun lepas
@sharinginfoz, jom makan!!