The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Cuti Cara Bajet Yang Tidak Memeningkan Kepala

Bila sampai musim cuti, pasti ramai di antara kita akan merancang untuk pergi bercuti. Ramai yang sibuk menempah tiket penerbangan dan penginapan.  Kita berkeinginan untuk bercuti namun bila melihat bajet yang ada, niat tersebut terbantut. Masalah ini boleh dielakkan dengan beberapa cara iaitu;

tanjung aru sunset

Suasana senja di pantai

 

Berkelah Di Pantai/Hutan Lipur/Tanah Tinggi

Untung bagi saya kerana tinggal di Bandaraya Kota Kinabalu yang dikategorikan Bandar Dalam Taman. Terlalu banyak destinasi pelancongan yang menarik di sini. Namun, memilih untuk berkelah di tepi pantai adalah pilihan biasa kami untuk berhujung minggu. Ianya PERCUMA.

Banyak pantai yang boleh dikunjungi seperti Pantai Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru, Pantai Syahbandar dan beberapa pantai yang lain.  Kemudahan taman permainan di kawasan pantai membolehkan anak-anak bermain dengan sepuasnya.  Selain pantai, ada beberapa hutan lipur juga boleh dikunjungi.

Jika sudah jemu ke pantai, destinasi ke tanah tinggi yang terdekat dengan memandu sendiri kenderaan ke Taman Kinabalu, Kundasang boleh dilakukan. Belanja cuma tertumpu pada belanja bahan api dan makanan sahaja.

Luangkan Masa Di Rumah

Meluangkan masa di rumah atau lebih biasa kita katakan dengan ‘melepak’ tidak bermakna masa bercuti kita tidak bermakna. Bagi saya, meluangkan masa di rumah akan mengeratkan hubungan kekeluargaan semasa ahli keluarga. Selain itu, badan yang penat bekerja dapat direhatkan dengan secukupnya.

Ikan Segar

Ikan segar di pasar.

Saya gemar ke pasar sebelah pagi bersama isteri membeli barangan dapur untuk dimasak sewaktu bercuti. Kadang-kadang saya memasak untuk isteri. Bolehlah isteri berehat seketika. Maka, kuranglah belanja makan di luar.

Tempahan Awal

Sekiranya anda masih perlu juga menempah tiket penerbangan atau penginapan, pilihlah untuk membuat tempahan awal. Tempahan awal pada bukan masa cuti harganya lebih murah. Ketika ini, banyak promosi tiket penerbangan murah, cuma kita kena bijak memilih tarikh yang sesuai dengan masa kita. Jangan terlalu teruja membeli tiket penerbangan mahupun tempahan penginapan pada harga murah kerana takut tidak sesuai dengan jadual cuti sekolah mahupun jadual kerja kita. Tersilap tempahan, pasti merugikan.

p/s: Mungkin anda ada cadangan yang lebih elok?

10 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam