
Semalam aku ada buat entri mengenai Pengalaman Sebenar Pendapatan RM5,000 – RM8,000 Melalui Blog. Walaupun itu bukan kisah atau pengalaman aku, namun aku bercita-cita sebegitu juga. Berbekalkan ilmu yang diperolehi dari ebook Kuasa Innity yang baru aku beli beberapa hari lepas, ternyata ada peningkatan positif yang sudah nampak. Amat mudah mempraktikkan ilmu yang terdapat dalam ebook tersebut. Semuanya dah ada di depan mata, cuma kita sahaja yang sering terlepas pandang. Alangkah ruginya.. berpuluh tahun dengan internet dan peluang sentiasa berada di depan mata, hanya baru sekarang tersedar!! Tak apalah kerana terlewat sedar dari terus langsung tak menyedarinya. Bila dah sedar, takkan nak terus rugi. Betapa rugi lagi kalau tak mencuba.
Isunya pula, selepas mendapat pendapatan tinggi dari internet ni dan bagaimana pula dengan cukai pendapatan? Mesti tidak pernah terfikir dengan LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDN) sebelum ini. Sudah pasti LHDN tu hanya kita fikir untuk yang berpendapatan tinggi sahaja dan bukannya kita sebagai blogger biasa begini. Adakah kita bersedia untuk mendapat pendapatan tinggi seperti blogger terkenal RedMummy??
Ramai yang bertanyakan, adakah semua pendapatan kita dikenakan cukai? Jawapannya jika pendapatan kita termasuk dibawah kategori-kategori berikut.
1. Perolehan-perolehan atau keuntungan daripada sesuatu perniagaan yang dijalankan bagi sesuatu tempoh.
- Jika kita mengusahakan perniagaan samada secara milikan tunggal atau secara perkongsian. Pendapatan bersih kita perlulah dilaporkan di borang nyata cukai pendapatan. Pendapatan bersih adalah pendapatan kasar perniagaan ditolak dengan perbelanjaan yang dibenarkan.
- Segala pendapatan dari perniagaan hendaklah direkodkan dan disimpan rekodnya bagi tujuan rujukan dan auditan. Sekiranya pemilik kurang pasti bagaimana untuk melaporkan pendapatan perniagaannya sila dapatkan akauntan bertauliah atau agen cukai yang sah untuk membantu melaporkan pendapatan perniagaan tersebut.
2. Perolehan atau keuntungan daripada sesuatu penggajian.
- Sekiranya anda keja makan gaji atau anda seorang pengarah sesebuah syarikat yang menerima bayaran pengarah, pendapatan anda juga boleh dikenakan cukai. Pendapatan penggajian ini tidak hanya gaji yang diterima, tetapi juga termasuk bonus, elaun-elaun yang tidak dikecualikan, faedah-faedah berupa barangan seperti kereta, rumah, pembantu rumah, pemandu, minyak kereta, tukang kebun, yuran sekolah anak dan faedah lain. Termasuk juga jika cukai anda ditanggung oleh majikan, jumlah cukai yang majikan bayar itu juga boleh dikenakan cukai. Pemilik perniagaan yang mengambil gaji juga mesti melaporkan gaji yang diambilnya di ruang pendapatan penggajian.
Mulai Tahun Taksiran 2008 pengecualian diberikan ke atas pendapatan berikut:
i. kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dari rumah ke
tempat kerja (pergi/balik) sehingga RM2,400 setahun;ii. kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dan kad tol atas
urusan rasmi sehingga RM6,000 setahun;iii. elaun atau fi meletak kenderaan;
iv. elaun makan;
v. elaun atau subsidi penjagaan anak-anak sehingga RM2,400
setahun;vi. telefon, telefon bimbit, bil telefon, pager dan personal data
assistant (PDA) dan langganan internet;vii. barangan majikan sendiri yang diberi secara percuma atau diberi
pada harga diskaun yang mana nilai diskaunnya tidak melebihi
RM1,000 setahun;viii. perkhidmatan majikan sendiri yang diberi secara percuma atau
diberi pada harga diskaun dengan syarat manfaat ini tidak
dipindahkan kepada pihak lain;ix. subsidi kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga
RM300,000 untuk perumahan, kenderaan penumpang bermotor
dan pendidikan. Pengecualian ini diberi ke atas pinjaman sedia
ada dan pinjaman baru;x. manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk
meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti
ayurvedic dan akupunktur; danxi. perkuisit sedia ada diperluaskan kepada anugerah berkaitan
inovasi, peningkatan produktiviti atau kecekapan seperti Six Sigma
Award serta nilai pengecualian dinaikkan daripada RM1,000
kepada RM2,000 setahun.Pengecualian ini tidak dipanjangkan kepada pengarah syarikat terkawal,
pemilik tunggal dan perkongsian.Perbelanjaan elaun, manfaat berupa barangan dan perkuisit oleh majikan
dibenarkan potongan sepenuhnya walaupun tidak dinyatakan dalam kontrak
perkhidmatan pekerja.3. Dividen, faedah atau diskaun.
- Dividen yang dikenakan cukai adalah dividen yang diterima daripada saham syarikat atau unit amanah yang tidak dikecualikan cukai oleh kerajaan. Sebelum dasar single tier ssystem dilaksanakan pendapatan dividen yang diterima adalah pendapatan bersih. Kemudian pembayar cukai boleh menuntut kembali cukai syarikat yang telah ditolak oleh syarikat daripada LHDN sekiranya ada lebihna cukai yang kena dibayar dengan cukai yang telah dipotong syarikat yang mengeluarkan dividen. Walaubagaimanapun selepas sistem single tier dilaksanakan sekiranya peruntukan syarikat dibawah seksyen 108 telah habis digunakan, maka cukai yang syarikat potong ke atas dividen adalah cukai sebenar dan pembayar cukai tidak perlu melaporkan lagi pendapatan dividen tersebut.
- Faedah pula, kebanyakan faedah yang diterima adalah dikecualikan sepenuhnya cukai kerana tertakluk dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK 1989) bagi simpanan. Ini kerana cukai pegangan telah dibayar oleh bank. Jadi kalau dapat faedah dari simpanan kat bank tu takyah risaula dan tak perlu lapor di borang nyata cukai pendapatan.
4. Sewa, royalti atau premium.
- Sewa ni adalah pendapatan sewa yang diterima samada sewa bangunan atau rumah atau harta lain. Pendapatan sewa boleh ditolak dengan belanja yang dibenarkan seperti belanja pembaikan, belanja faedah pinjaman, belanja untuk mencari penyewa baru sekiranya telah disewakan sebelum ini, cukai tanah dan cukai pintu.
- Royalti adalah dikenakan cukai tetapi royalti yang diterima dari perkhidmatan berikut diberi pengecualian sejumlah amaun. Jadi pendapatan kasar royalti ditolak dengan pengecualian itula pendapatan yang dikenakan cukai.
i. Karya seni (selain daripada lukisan asal) dikecualikan RM6,000 setahun
ii. Cakera atau pita rakaman dikecualikan RM6,000 setahun
iii. Penterjemahan buku atau karya kesusasteraan atas permintaan agensi di bawah Kementerian Pendidikan atau Pejabat Peguam Negara dikecualikan RM12,000 setahun
iv. Karya persuratan atau lukisan asal dikecualikan RM20,000 setahun
v. Gubahan muzik dikecualikan RM20,000 setahun
vi. Persembahan kebudayaan yang mendapat Kelulusan Menteri Kewangan.
Walau bagaimanapun, pengecualian untuk iii, v dan vi tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima dalam menjalankan tugas rasmi.
5. Pencen, anuiti atau lain-lain bayaran berkala yang bukan di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu.
6. Perolehan-perolehan atau keuntungan yang bukan di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu.
7. Kelas-kelas pendapatan khas.
Sumber: http://belajarcukai.blogspot.com
Terbaik!!
Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas. Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7).
Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.
Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
- Tanggungjawab Pembayar Cukai
- Bagaimana Membuat Semakan Kedudukan Cukai
- Pendaftaran Fail Cukai
- Potongan Derma dan Hadiah daripada Pendapatan Anda
- Potongan Perlepasan Persendirian Individu Pemastautin
- Rebat Cukai untuk Kumpulan Pendapatan Rendah
- Membuat Rayuan Cukai
- Kadar Cukai Pendapatan
- Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar
- e-PCB (Potongan Cukai Bulanan) Online
- e-Bayaran bagi Cukai Pendapatan
- e-Filing
- e-SPC (e-SPC ialah aplikasi online bagi membantu majikan untuk mendapatkan Sijil Penyelesaian Cukai (SPC) pekerja yang akan menamatkan perkhidmatan/berhenti atau ingin meninggalkan Malaysia)
- e-Data PCb (untuk majikan menghantar data pcb secara online)
- Kalkulator PCB (untuk pembayar cukai mengira jumlah bayaran PCB)
- E-Kemaskini (untuk pembayar cukai mengemaskini alamat)
Sumber :http://www.malaysia.gov.my
Terima kasih sebab jadikan blog saya sebagai rujukan. Pendapatan blogger juga jika layak akan dikenakan cukai. Jika dah terkenal tak laporkan pendapatan, Tunggu sahajalah pasukan Audit datang mengetuk pintu rumah anda.
Poji dan entrinya..Musim Cukai tiba lagi
hehe..kena bayar maa.. kalau ada lebihan. itu yang best. hehe
titan dan entrinya..Akupun blogger gak
Saya berblog kerana minat, tak de income pun. hehehe.
Hisyam dan entrinya..Malasnya Nak Pergi Kelas
Terima kasih bro..insyaallah nak beli jugak,tp bukan skg kot..rancangan tu banyak tp tah bila nak buat x tau laa…memula nak tuka hosting pas tu nak tuka ke w/press lak kot..
Thanks skli lg bro.
yas dan entrinya..Antara asal usul yahudi
Pehh…bro dh beli ebook “kuasa innity” tu?
nak tanya ngan ikhlas ni…kalau mcm saya yg masih guna blogspot sesuai tak beli ebook tu?
yas dan entrinya..Antara asal usul yahudi
dah beli dan anggap ia 1 pelaburan.
dah mula nampak hasil..
lebih baik dari sebelum ni.. yang asyik kecewa
memang sesuai untuk semua blogger..
Wordpress / Blogpot dll flatform..
Janji dapat memaparkan iklan Innity.
kalau wordpress memang mantoplah!!
biasalah wordpress ni kan mesra SEO..
better berpindah ke WordPress.
itu pandangan saya.. saya tak menggunakan blogspot secara serius.
mungkin lain orang, lain pulak pandangannya.
bagi saya WordPress terbaik.
Mustaffa Yasin dan entrinya..Gambar Fotografi – Motion Picture From Still Photo
Oh! maza sudah confirm kan LHDN sejak awal bulan lalu.. hehhehe
maza dan entrinya..Garden of Eden- Kontes sudah tutup daaa
aku masih kena 50+ selepas PCB
hehe
tehr dan entrinya..Tarikh Sambutan Hari Ibu 2011
anif dan entrinya..Tips Membeli Kenderaan Terpakai
Saya sudah terima surat dari LHDN ada lebihan pembayaran. Syukur