The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Craft Exotica 2014 Anjuran Muzium Sabah

Kraftangan Sabah

Program ini adalah antara aktiviti Muzium Sabah merakyatkan warisan budaya Sabah khususnya pertunjukkan klinik pembuatan kraftangan serta pertunjukkan dan pertandingan permainan tradisional etnik negeri Sabah.

Ia bertujuan menyebarkan kesedaran serta memupuk rasa penghargaan terhadap budaya sei dan kraftangan tradisional yang dihasilkan oleh pelbagai kumpulan etnik dari pelbagai daerah di Sabah.

Program ini diadakan di empat permis Muzium iaitu Kg. Warisan, Kompleks Muzium Sabah; Rumah Agnes Keith, Sandakan; Muzium Agop Batu Tulug, Kinabatangan dan Muzium Warisan Keningau, Keningau.

Turut diadakan acara-acara menarik termasuklah persembahan kebudayaan semasa ulangtahun ke-49 muzium Sabah pada 15 Julai.

Penganjur:
Muzium Sabah

Untuk maklumat lanjut:
En. Baslee Nurajim
Tel: +60 88 225 033
Fax: +60 88 240 230
E-mail: Baslee.Nurajim@sabah.gov.my

Kredit: Gambar

Carian Yang Berkaitan:

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam