The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

CITRARASA SABAH Food Fest Bakal Berlangsung Pada 18-20 April 2014

Pesta Makanan Sabah

Acara besar dan ditunggu-tunggu untuk pencinta makanan Sabah sudah hampir tiba. CITARASA SABAH Food Fest yang akan berlangsung pada 18 sehingga 20 April tahun ini akan diadakan di KK Times Square, Kota Kinabalu.

Acara ini sangat relevan diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ( MOTAC ) dengan  kerjasasama Kota Kinabalu Food Festival ( KKFF’14 ) dan Lembaga Kebudayaan Sabah akan menjadi penganjur bersama acara ini.

Dengan nama CITRARASA SABAH, acara ini tidak fokus kepada makanan sahaja. Pelbagai acara lain juga akan diadakan seperti persembahan kebudayaan, pertandingan memasak. Pengalaman selama tiga (3) hari sepanjang acara ini pasti akan memberi pengalaman menarik kepada anda. Bolehlah anda mencuba makanan sabah asli seperti tuhau, hinava dan pelbagai lagi.

Pengunjung juga berpeluang untuk membeli baucar diskaun untuk digunakan di restoran-restoran yang mengambil bahagian. Baucar adalah sah walaupun selepas acara tiga hari sebagai Citrarasa Sabah akan terus berjalan selama SATU bulan.

Berhiburlah dengan persembahan kebudayaan semasa anda mencuba hidangan  makanan tempatan dan  eksotik.

Pastikan untuk membawa keluarga anda, rakan-rakan dan selera makan yang enak .

Kredit Gambar & Info :  Sabah Tourism

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam