Hubungan Intim Si Kera Dan Si Kambing

DSC07542 Hubungan Intim Si Kera Dan Si Kambing

BERBEZA DAN TAK SERUPA – Gelagat seekor anak kera cukup mencuit hati semasa berada di sebuah kampung di Kuala Penyu siang tadi. Amat manja anak kera ini dengan kambing seperti dalalam gambar entri ini.

Hubungan yang baik seperti ini patut kita contohi walaupun kita berbeza dari segi bangsa, agama, kefahaman, warna kulit dan bermacam-macam lagi. Untuk menjadi masyarakat yang harmoni, kita haruslah bertolak ansur antara satu sama lain. Kempen amalan nilai murni dan budi bahasa yang dicanang kerajaan sewajarnya kita sokong dan amalkan.

Sedangkan binatang tahu berkasih sayang, inikan kita manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran. Akan tetapi, kasih sayang yang dijalinkan ada batasnya dan jangan sampai pula.. Terlebih Sudah!!!

 

Gambar-Gambar  Lain

 

Info Mengenai Kambing

Kambing (bahasa Inggeris: goat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus. Kambing dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan ternakan. Terdapat juga kambing yang tinggal di kawasan berbukit yang dikenali sebagai kambing gurun. Kambing gurun merupakan haiwan dilindungi. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas.

Makanan Kambing

Kambing merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 – 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Pembiakan Kambing

Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

Susu Kambing

Hasil tenusu kambing kini telah dipelbagaikan. Selain sebagai minuman, susu kambing mempunyai beberapa kegunaan lain:

  • Sebagai ubat:
    • Demam kuning jaundis
    • Penyakit Asma (lelah)
    • Gastrik dan ulser perut
    • Eczema (penyakit kulit)
    • Migrain (sakit kepala)
  • Bahan utama dalam industri kosmetik:
    • Shampu dan sabun mandi
    • Krim kecantikan
    • Mengetatkan Kemaluan Wanita (faraj)

Jenis-Jenis Kambing

1. Kambing Kacang (Katjang)
2. Jamnapari/Ettawah
3. Anglo Nubian
4. British Alpine
5. Saanen
6. Toggenburg
7. Boer
8. Kacukan

Kambing Dalam Peribahasa

Kambing amat tidak suka terkena air, sehingga menimbulkan satu peribahasa “Bagai kambing terkena hujan” atau di Indonesia, “Hujan turun, kambing lari”. Kambing turut menyumbangkan sumber utama daging terutamanya pada musim perayaan.

pixel Hubungan Intim Si Kera Dan Si Kambing

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Hubungan Intim Si Kera Dan Si Kambing

  1. adele says:

    terharu tengok gambar ni..haiwan pun reti berkasih sayang..

  2. zik says:

    wah tak sangka boleh baik2 macam tuh…
    zik dan entrinya..Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!My Profile

  3. MDHAFiZ.NET says:

    lama x lihat kera…time tinggal kt kpg memang ada bela kera.. :)

  4. decrewz says:

    Kat umah Jai pun ada bela kera.. Sekarang dah jinak.. Lepas camtu je pun xde masalah…
    decrewz dan entrinya..Hinakah Kerja Tepi Jalan Kerja Pertama Dalam HidupMy Profile

  5. hafizmd says:

    Sungguh Allah tunjukkan yg walau binatang ni takde akal…masih mampu berkasih sayang…

    Kita? Berbeza fahaman politik…sana sini gaduh…tak malu ke?

    pssst…moga perpaduan antara seagama akan kembali kukuh danb terjalin…insyaAllah

  6. suri says:

    wah berita gempak ni hee..dah lama kasih bersemi akhirnya kantoi masuk majalah blog ni heee

  7. akubiomed says:

    Beruntunglah kambing kerana si kera pastikan kambing bersih dari kutu
    akubiomed dan entrinya..Ke Pulau Langkawi mencari DaimMy Profile

  8. yas says:

    Bro mus punya pic mmg best arr….simbolik amat pic nih…
    Kene anta kat parti politik kat mesia ni…bg faham kt derang sikit…hehehe
    yas dan entrinya..Mee Maggi Cepat dimasak sedap dimakanMy Profile

  9. puteraduyong says:

    hebat kambing kan…sungguh hebat ciptaan tuhan…itu baru kambing…yang baunya menyucuk hidung..
    puteraduyong dan entrinya..CHONG WEI SIAPA PENGGANTIMy Profile

  10. Ismail N says:

    mak oii… mcm bercinta lak tu.. Kawe tengok kera tu muka dia betul2 tangkap lentok… sure Kera tu yg jantan.. keh keh keh… :lol:
    Ismail N dan entrinya..Membeli Ayam Di PasarayaMy Profile

  11. maza says:

    kuikuikui…..

    kambing dan monyet pun reti nak berbaik2… berdamai kan?

    psst: memang best tul tengok gambar ni.. punyai cerita yg best2..

    tahniah weii…. its great pic though!
    maza dan entrinya..Ummu Fatt- Hari IbuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya