Menunggu Kelahiran Zuriat Ke-3!
Gambar
Oh Tidak! Gambar Bayi Dibuang Di Sarawak Tersebar!
Mar 7th
Posted by Mustaffa Yasin in Gambar
Aku turut sedih dengan kejadian ini,
Insaflah Wahai Manusia!!
Aku pasti, pelaku ini pasti menyesal sampai mati!
[GAMBAR]
Updated
Gambar telah di’delete! Kerana terlalu kesian aku melihat keadaan kanak-kanak tak berdosa tu.
Boleh rujuk ke sumberdi bawah untuk artikel penuh!
Sumber : Sarawak Update
Sedap Sangatkah Ikan Bakar Pasar Sim-Sim Sandakan?
Mar 2nd
Posted by Mustaffa Yasin in Gambar
Jawapan kepada tajuk entri adalah..
100% SEDAP!!!
Menjadi persinggahan utama bila ke Sandakan. Harga ikan berpatutan. Aku suka makan kat sini kerana sambalnya sedap dan sayur yang ada di sini memang dimasak cara kampung.
Bagi yang tak tak pernah ke sana, gunalah GPS sebagai penunjuk arah.
Jom cuci mata.. tak dapat makan, lihat gambar pun jadilahkan..

Sepetang Di Sana Bermain Buih.. Shangri-La’s Rasa Ria Resort, Tuaran
Feb 27th
Posted by Mustaffa Yasin in Anak

Semalam bersama keluarga bercuti secara ringkas di Shangri-La’s Rasa Ria Resort, Tuaran. Tempat pelancongan yang hampir dengan kediaman kami. Tempat tersebut dipenuhi oleh pelancong asing. Hanya beberapa orang sahaja orang tempatan di sana.
Rasa kurang selesa kerana ramai awek berbikini (tak payahlah kot kongsi gambar tu)..
Cukuplah sepetang sekejap sahaja dan klik beberapa gambar Amyra bermain buih sabun.

Nama Saya Mikail, Umur Sudah 10 Bulan.. Adakah Saya SABAHan?
Feb 18th
Posted by Mustaffa Yasin in Anak

Inilah hero kesayangan kami sekeluarga. Diberi nama MUHAMAD NACQRIS MIKAIL MUSTAFFA atau nama manjanya Mikail, Boy, Abang..
Lahir pada 19 April 2009 di Hospital Likas. Esok genap 10 bulan umurnya.
Warganegeri diragui..
Kalau lahir di Sabah kira Sabahanlah kan? Walaupun aku, wife dan anak pertama Amyra Sarawakian.
Anak ke-3 pula akan mengikut jejak langkah Mikail di mana akan ber’MyKad’ no.12 ( xxxxxx-12-xxxx ). Insyaallah akan dilahirkan oleh isteri tercinta pada April 2010 ni.. Selang setahun dari Mikail.
Apa-apa pun itu semua tak penting. Janji kami sekeluarga bahagia.
Lihatlah aksi Mikail yang ‘chumel’ yang menjadi model fotografi…



Recent Comments