The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Cara Permohonan Lesen Kereta Sewa Dan Pandu

Perkhidmatan-Kereta-Sewa-Di-SABAH

Kriteria Penilaian Permohonan Lesen Kereta Sewa dan Pandu

Syarikat hendaklah berdaftar / berlesen dengan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan “inbound”.  Syarikat memenuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia seperti di bawah :

  • Mempunyai modal berbayar (paid-up capital) yang mencukupi seperti berikut :
    Bagi Syarikat Di Bandar-bandar.
  • Salah satu atau dua atau kesemua jenis perniagaan pengendalian pelancongan (IOT) – RM 200,000.00
  • Bagi Syarikat-syarikat Di Luar Bandar Utama :

Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) – RM 50,000.00

Pelancongan Dalam Negeri dan Agensi Pengembaraan (Inbound & Ticketing)RM 150,000.00

Pelancongan Dalam Negeri, Luar Negeri dan Agensi Pengembaraan (Inbound, Outbound & Ticketing) – RM 200,000.00

– Pelancongan Luar Negeri (Outbound) – RM 200,000.00

  • Mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai pembelian bas persiaran seperti overdraf, simpanan tetap, bank guarantee, pinjaman bank dan sebagainya.
  • Mempunyai bukti-bukti pengendalian pakej pelancongan yang memerlukan pengangkutan bas persiaran seperti :

Senarai Nama dan Statistik Pelancong Yang Diuruskan

  • Resit / invois penyewaan bas persiaran daripada syarikat lain
  • Resit / invois penginapan pelancong
  • Mempunyai tempat menyimpan bas (depoh) yang sesuai

Sekiranya ingin menambah bilangan lesen sedia ada, syarikat hendaklah mengemukakan:

  • Senarai dan salinan lesen bas persiaran sedia ada
  • Jadual penggunaan bas persiaran sedia ada
  • Salinan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun semasa

Kereta Sewa dan Pandu

“Kereta Sewa dan Pandu” ertinya suatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya sama ada seorang pelancong atau bukan pelancong dan digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong atau pelancong-pelancong.

Permohonan Pengubahan Ke Atas Surat Kelulusan Bersyarat Lesen Bas Persiaran dan Kereta Sewa Pandu

Permohonan ke atas Surat Kelulusan Bersyarat hendaklah dibuat sebelum tarikh tamat sah laku surat tersebut. Pertimbangan boleh diberikan berasaskan kepada merit dan dokumen sokongan yang disertakan. Terdapat empat (4) jenis pengubahan syarat ke atas Surat Kelulusan Bersyarat iaitu:

  • Permohonan untuk melanjut tempoh masa melesen kenderaan
  • Permohonan ubah bilangan tempat duduk
  • Permohonan selaras nama syarikat
  • Permohonan selaras alamat syarikat

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan lesen Kementerian Pelancongan Malaysia yang masih sah
  • Salinan asal Surat Kelulusan Bersyarat
  • Salinan Borang Spesifikasi Kenderaan
  • Justifikasi permohonan pengubahan serta bukti yang munasabah
  • Pelan kenderaan yang diluluskan oleh JPJ, sekiranya memohon pengubahan bilangan tempat duduk

Dokumen Yang Perlu Disertakan

Borang Akta Syarikat 1965 yang disahkan benar oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti berikut :

  • Satu (1) salinan Borang 24 – Returned of Allotment of share
  • Satu (1) salinan Borang 49 – Return giving Particulars in Register of     Directors, Managers and Change of Particulars
  • Satu (1) salinan Borang 32A – Form of transfer of Securities
  • Salinan penyata bank syarikat bagi tiga (3) bulan terakhir
  • Salinan penyata kewangan tahunan terkini yang telah diaudit
  • Contoh-contoh pakej pelancongan yang ditawarkan serta brosyur yang telah dicetak
  • Salinan kontrak/surat perjanjian terbaru yang diterima daripada institusi / badan korporat yang memerlukan perkhidmatan Kereta Sewa dan Pandu syarikat
  • Salinan dokumen bagi membuktikan penyewaan /penggunaan Kereta Sewa dan Pandu sedia ada bagi tiga (3) bulan terakhir
  • Surat pengesahan dan alamat depoh penyimpanan Kereta Sewa dan Pandu yang dimiliki oleh syarikat atau yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempat
  • Salinan dokumen bagi membuktikan kemampuan kewangan syarikat untuk membiayai pembelian Kereta Sewa dan Pandu seperti overdraf, bank guarantee, pinjaman bank dan sebagainya.
  • Senarai dan salinan lesen kereta sewa dan pandu sedia ada jika memohon lesen tambahan.

Borang Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan satu (1) salinan borang permohonan mengikut jenis permohonan seperti berikut :

  • Borang 1 (Subperaturan 3(1)) – Permohonan lesen baru / lesen tambahan bas persiaran
  • Borang 2 (Subperaturan 3(1)) – Permohonan lesen baru / lesen tambahan kereta sewa dan pandu.
  • Borang 4 (Subperaturan 7(1)) – Permohonan pembaharuan lesen bas persiaran
  • Borang 5 (Subperaturan 7 (1)) – Permohonan pembaharuan lesen kereta sewa dan pandu
  • Borang 6 (Subperaturan 14(1)) – Permohonan pengubahan syarat-syarat lesen bas persiaran dan kereta sewa dan pandu
  • Borang 7 (Subperaturan 4(4)) – Permohonan pengubahan syarat keatas Surat Kelulusan Bersyarat bas persiaran dan kereta sewa dan pandu

Borang yang telah disempurnakan berserta dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan terus ke Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur atau ke Pejabat-Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.

Kredit

Carian Yang Berkaitan:

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam