The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Bunyi Paling Indah Di Dunia Terdapat Di Taman Negara Kubah, Sarawak

Marc Anderson

Jurugambar dan jururakam bunyi Australia, Marc Anderson mengemukakan rakaman audio bertajuk ‘Dusk By The Frog Pond’, di bawah kategori ‘Persekitaran Liar’ di dalam pertandingan World’s Most Beautiful Sound.

Rakaman bunyi-bunyian semula jadi termasuk bunyi katak, burung dan serangga dari Taman Negara Kubah di Kuching, Sarawak, telah dinilai sebagai “bunyi yang paling indah di dunia” dan pemenang telah diumumkan di laman web baru-baru ini dan juga di laman web perkongsian muzik, Soundcloud.com, selepas pencarian bunyi-bunyian paling indah di dunia dilakukan selama sebulan.

Taman Negara Kubah, Sarawak

Taman Negara Kubah merupakan sebuah destinasi yang hampir dengan bandar Kuching. Terletak di atas pelantar batu pasir kecil, taman kecil ini (2,239 ha.) mempunyai anak sungai, air terjun dan kolam mandi yang mempunyai air yang sangat jernih. Tumbuhan dipterokarpa merupakan tumbuhan utama di sini namun ianya juga menempatkan koleksi istimewa pokok-pokok palma dan orkid Borneo.

Kepelbagaian hidupan liarnya termasuk babi, pelanduk, kenyalang hitam serta banyak lagi spesis reptilian dan amfibia. Walaubagaimanapun, haiwan-haiwan di sini hidup jauh di dalam kawasan hutan bukan seperti di Bako (lebih mudah untuk menemui haiwan liar). Kelebihan Kubah terletak pada pemandangan hutan hujannya , air terjunnya, anak-anak sungainya, kolam mandinya serta 93 spesis pokok palma yang terdapat di dalam kawasan taman ini.Taman ini mempunyai 6 trek hutan dan sbeuah laluan untuk ke puncak Gunung Serapi (5-6 jam pergi dan balik).

Terdapat banyak pondok kayu di sepanjang trek-trek ini. Trek Main Trail melalui kawasan hutan dipterokarpa dan menghubungkan trek-trek lain di sini. Trek tarikannya, The Palmetum melalui sebuah kawasan yang kaya dengan pokok-pokok palma. Trek Selang pula akan membawa anda ke sebuah puncak sejauh 45 minit perjalanan dari HQ.

Terdapat sebuah kawasan yang memerlukan anda berjalan menggunakan tali setelah berjalan kira-kira 3 minit. Di akhir trek anda akan dapat menikmati pemandangan semenanjung Matang dan Santubong dia ats sebuah pelantar kayu lengkap dengan bangku-bangku istirehat.Trek yang paling popular merupakan trek Waterfall Trail. Ianya melalui kawasan hutan dipterokarpa dengan beberapa plankwalk yang merentasi anak sungai dan paya. Dari HQ, anda perlu berjalan lebih kurang 1jam 30 minit untuk sampai ke kawasan air terjun.

Trek Rayu pula menghubungkan HQ dengan Matang Wildlife Centre yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan (sehala). Anda perlu mengikut laluan utama sebelum pusing ke kanan untuk melalui trek yang mudah merentasi hutan hujannya. Dipertengahan perjalanan anda akan dapat menyaksikan beberapa gergasi hutan hujan dan beberapa pokok Bintangor yang kini dikaji untuk mengubati penyakit AIDS.

Di hujung perjalanan, anda akan melalui kawasan paya (awas dengan lintah) sebelum sampai ke kawasan anak sungai yang mempunyai air jernih dan lengkap dengan kawasan berkelah. Pemberitahuan, anda juga boleh memulakan trek Waterfall dan Rayu selepas sampai ke ketinggian 900 meter mendaki Gunung Serapi. Trek dari laluan ini ke air terjun mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dan dimulakan dengan laluan curam tangga kayu dikelilingi hutan tebal.

Trek Belian Trail yang baru merupakan perjalanan santai kira-kira 1 jam perjalanan dan anda boleh melihat pelbagai spesis tumbuhan di sini termasuk pokok Belian (Borneo Ironwood). Burung-burung seperti burung belatuk merah, white rumped shama, chestnut-forktail dan burung raja udang mudah ditemui di sini dan tupai gergasi seringkali dilihat melompat dari pokok ke pokok.

Kredit:

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam