
KELOPAKNYA MERAH – Gambar bunga kantan ini diambil di Pasar Tamu Nyelong di Bandar Sarikei semasa bercuti balik kampung beberapa hari lepas. Saya amat tertarik dengan warna merah kelopak bunganya. Ianya cukup menarik perhatian sesiapa yang memandang. Bagi yang ‘kuat’ makan laksa pasti kenal bunga kantan ni.
Kenali Bunga Kantan
Nama saintifik untuk kantan ialah Phaeomeria speciosa. Ianya dikelaskan dalam keluarga Zingiberaceae, seperti lengkuas dan halia. Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter.
Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air.
Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba. Bunga kantan tidak sesuai diletakkan dalam plastik terutama semasa menjualnya. Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.
Kegunaan Dan Khasiat Pokok Bunga Kantan
Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan. Kegunaan pokok kantan yang lain termasuk:
- Batang – mengubati penyakit bengkak-bengkak
- Buah – menambah selera makan
- Ubi – perisa dalam makanan
- Bunga – bahan gubahan jambak-jambak bunga
- Biji – mengubati sakit telinga
Pingback: Seikat 50 Sen Sahaja | my.Mustaffa
pehh..merah menyalaaaaa!
ohcikgu dan entrinya..Yuran Sekolah 2012 dimansuhkan.
memang menyala dan menggoda tangan klik shutter kamera
Mustaffa Yasin dan entrinya..Manisnya Buah Mangga Semporna
nampak tu
sampai tanda harga pun guna warna merah
hehe
memang sedap ni dengan laksa
tehr dan entrinya..Pendapat Google Mengenai Tehramuan
tapi ada juga yang tak pandai makan yang dicampur bunga kantan..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Lokasi Menarik Untuk Aktiviti Lasak Dan Mencabar Di Sabah
belum pernah dengar bunga nih… apatah lagi membelinya…
zik dan entrinya..Keputusan terkini Persebaya VS Kelantan (unity cup) 28 december 2011
orang bujang memang jarang ambil tahu pasal bunga ni..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Merungkai Misteri Terowong Jepun Di Kunak
Kalau di sana bungan kantan di buat apa?.Disini guna untuk buat laksa.
mankuchai dan entrinya..Menumpang
samalah.. kerabu, laksa
Saya ada tanam poko bunga Kantan dan sudah beberapa kali mengeluarkan bunganya.
akubiomed dan entrinya..PopCorn meletup didalam kuali
bertuah.. dapat berjimat
Mustaffa Yasin dan entrinya..Musim ‘Durian Kampung’ Di Sipitang
Cantik betul warnanya…
anif dan entrinya..Secukup Rasa Memudaratkan Diri
warna memang cantik.. antara sebab saya nak ambik gambar..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Seikat 50 Sen Sahaja