The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Mangga Epal Burma Dan Mangga Kelapa Di Tamu Tuaran, Sabah

 Buah Mangga Epal Burma

Rutin mingguan saya dan isteri seperti biasa iaitu membeli barangan dapur di Tamu Pekan Tuaran, Sabah.

Agak ramai orang di tamu hari ini dan mencari tempat meletak kenderaan pun memerlukan kesabaran.

Hari ini kami membeli ikan sardin, ikan boulu, buah labu dan buah mangga.

Sebenarnya, saya meminta isteri belikan serbuk minuman mangga. Rasanya memang seperti 100% mangga walaupun cuma serbuk sahaja. Namun, semua kedai kehabisan stok dan tiada menjualnya.

Jadi, sebagai alternatif untuk melepaskan rasa nak minum jus mangga, saya belikan buah mangga sebenar. Saya memilih buah mangga kelapa (namanya menurut penjual) kerana lebih besar berbanding dengan buah mangga epal burma.

Selain itu, buah mangga kelapa isinya lebih tebal, banyak dan lebih sesuai dibuat jus.

 Buah Mangga Kelapa

Harganya setompok RM10 sahaja. Setompok dalam 4-6 biji.

Posted from Samsung S3

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam