Ibu Hamil Menaiki Kapal Terbang

Kredit: www.disneybabble.com

 

Sangat disyorkan agar anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengembara pada bila-bila masa sepanjang kehamilan anda.

  1. Supaya lebih selamat, dapatkan surat daripada doktor anda. Tarikh surat ini tidak sepatutnya melebihi 30 hari pada hari perjalanan (penerbangan keluar DAN pulang).
  2. Anda tidak akan – dan tidak sepatutnya – mendapat kebenaran doktor sekiranya kehamilan anda dianggap berisiko tinggi.
  3. Untuk perjalanan pulang, sila pertimbangkan tarikh jangkaan kelahiran bayi anda. Dan sebelum anda merancang penerbangan rentas negara atau antarabangsa, bayangkan bagaimana anda akan rasa sesak dan terbatas di tempat duduk untuk berjam-jam lamanya.
Penting! Terma & Syarat:
Menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu pengendali penerbangan tentang tahap kehamilan mereka ketika menempah Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad  semasa daftar masuk untuk membebaskan syarikat penerbangan daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
  2. Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
  3. Tetamu perlu menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan.  Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
  4. Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad  semasa daftar masuk untuk membebaskan  daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
  5. Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu tidak dibenarkan menambil penerbangan.

Bacaan Lanjutan: Adakah selamat menaiki kapal terbang semasa hamil?