Salam Rakan Blogger…
“Tak kenal maka tak cinta”
Kali ni aku ni dah jatuh hati pada lagu-lagu tempatan Sabah. Bukan pada Sumandak Sabahan.. Pergi kerja layan Suria Pagi Kinabalu dan balik kerja pula layan Radio KKFM..
Bila dah tiap-tiap hari dengar lagu ni semua, hati pun terpaut.. Biarpun ada lagu yang aku tak tahu makna sebenarnya.. namun iramanya mengasyikkan. Kesesakan jalan tak terasa bila layan celoteh DJ dan lagu dari radio tersebut.
Aku minat celoteh Othoe, Dudu (Lotter AF) di Suria Kinabalu pada waktu pagi. Mereka ni memang cukup selamba sahaja. Topik-topiknya pun menarik!!
Balik kerja layan KKFM. Radio yang masih baru lagi. Namun memang happening kalau mendengarnya.. Hari-hari ada saja ayat yang mahu disambung.. diteraju oleh Felix Agus (AF), Wan & Ramli.. Ucapan/sms akan dibaca dalam bentuk lagu berirama dengan iringan petikan gitar akustik!!

Antara lagu-lagu yang aku minat adalah
- Tanak Kampung – Jimi Palikat
- Kueh Salah Bikin – Koboi
- Jonjongot – David Pinus
- Sayang Itu Masa – Raphiel Pinus
Korang bolehlah preview lagu ni semua dengan mainkan playlist pada blog di bawah ni..
Pingback: Tweets that mention Bila Hati Dah Jatuh Cinta.. Semuanya Indah « my.Mustaffa -- Topsy.com
Tak pernah dengar lagu pop Sabah..

anif dan entrinya..Apabila Kanak-Kanak Di Dewasakan Terlalu Awal
best iramanya bro…
lagi syok lagu-lagu tempatan tu ada dalam wersi bahasa melayu..