The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Bila Anak Sudah Tiada Mood

Gambar Comel Hannah Senyum

Tengah hari semalam saya dan isteri menemankan anak-anak pergi menonton wayang. Nufail pula ditinggalkan seketika bersama neneknya di rumah.

Memang lama dah berjanji untuk bawa anak-anak menonton wayang, namun tiada filem yang sesuai untuk ditonton anak-anak yang masih kecil. Kebetulan pula, permulaan cuti sekolah ini ditayangkan filem animasi Bola Kampung The Movie. Jadi, anak-anak mulalah menuntut janji. Bagi saya, janji mesti ditepati. Suara latar filem ini menggunakan suara Ezlynn, Afdlin Shauki, Harris Alif, Marsha Milan, Aznil Nawawi, Adila Shakir, Baki Zainal dan beberapa selebriti yang lain.

Bola Kampung The Movie

Hampir 2 jam kami berada di Growball Cineplex, Centre Point dan anak-anak puas hati kerana inilah kali pertama masuk panggung. Tambahan cukup selesa kerana tayangan pertama jam 11.40 belum ramai orang. Saya dan isteri pun turut sama melayan filem tersebut.

Selepas itu, anak-anak mengajak bermain di tepi pantai pula. Namun, saya tidak setuju memandangkan ramai sangat pengunjung ketika ini. Maklumlah musim cuti sekolah. Jadi, saya melencongkan perjalanan ke pantai ke Perdana Park. Memang agak pelik ke sana tengah hari. Kalau sebelah malam tidak hairanlah kerana ada air pancut berirama.

Alang-alang ada membawa sedikit ‘prop’ yang memang pada asalnya ada berniat nak ambil gambar anak, kami pun membuat sedikit photoshoot.

Anak-anak bila dah melihat taman permainan, maaflah.. Janji nak posing cantik entah ke mana. Saya pun taklah kisah sangat. Namun cuaca panas sahaja yang kurang sesuai untuk mereka bermain.

Sempatlah juga ambil beberapa keping gambar anak-anak secara candid. ‘Prop’ pun sempat guna untuk beberapa keping gambar sahaja.

Bila sudah penat bermain, badan pun berpeluh maka anak-anak hilang mood hendak bergambar. Saya memang sudah menjangkakannya. Bukan senang nak pujuk anak bergambar.

Akhirnya, ajak pergi makan dan kami pun pulang.

p/s: gambar saya ambil dalam format RAW dan tengah belajar edit guna Lightroom. Sebahagiannya masih diedit dengan Photoscape (watermark dan crop).

Anak-Anak Kepenatan Bermain

Amyra Suka Bergambar

Gambar Amyra & Mikail

Gambar Anak-Anak dan Ibu

Gambar Hannah Menangis

19 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam