Bertemu lagi kita di entri yang baru.
Ketika ini aku berada di Rumah Panjang sebelah isteriku yang terletak berhampiran dengan simpang ke Pekan Roban. Kaum keluarga berkumpul menyambut kedatangan kami.
Kami bergerak dari rumah keluarga kami di Sarikei tadi pada jam 5.00 petang. Jarak lebih kurang 45km dan kami sempat berbuka puasa di di rumah.
Keadaan di sini agak sunyi dan sesekali kedengaran suara anak-anak yang ketawa bermain sesama sendiri. Ruangan ‘ruai’ rumah panjang 20 pintu menjadi medan anak-anak berlari.
Di rumah panjang cuma ada ‘aki’ (datuk dalam bahasa Iban) dan ‘inik’ (nenek). Kedatangan kami terutamanya anak-anak memang dinantikan mereka sejak dari pagi tadi.
Selepas sahur esok, kami akan mula bergerak ke kampung halaman aku di Asajaya, Kota Samarahan. Harap cuaca esok elok dan aliran trafik tak sibuk.
Walaupun jasad masih berada di.sini, hatiku sudah awal lagi berada di kampung.
Isteri bro orang iban ker?
moga2 selamat tiba dan selamat pulang…
wah, rumah panjang tu…. best best best!
tak ada attach gambar ke? bagi lah aku tengok
wandisini dan entrinya..Petua Mengurangkan Kuning Bayi
Tak mampu nak upload gambar. Kat sini hanya ada GPRS.