Gambar Saya Dan Keluarga Di Tanjung Simpang Mengayau

BAHAGIAN PALING UTARA PULAU BORNEO-  Inilah kali pertama saya membawa ahli keluarga jalan-jalan ke Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Pada mulanya nak bermalam di Kota Marudu atau Kudat. Malangnya tiada bilik hotel yang kosong kerana semuanya telah ditempah sempena cuti sekolah, Pesta Bengkoka di Pitas dan Tilawah Al-Quran anjuran Jabatan Kesihatan Sabah di Kota Marudu.

Dengan perjalanan hampir 400km dari Kota Kinabalu, kami sempat ke Pitas melihat jualan di tamu dan melihat Pesta Bengkoka secara dekat. Pada kesempatan itu, saya berjumpa dengan sahabat blogger KulanzSalleh yang bertugas sebagai jurugambar Pesta Bengkoka 2012.

Tengah harinya singgah di Restoran Izzaty 1 untuk menjamu Nasi Ayam dan kemudian menyambung perjalanan ke Tanjung Simpang Mengayau untuk membawa keluarga yang teringin benar untuk berpijak di The Tip Of  Borneo, Kudat.

Setelah selesai mengambil gambar dan berehat sebentar kami meneruskan perjalanan balik. Isteri beri isyarat untuk ajak berhenti sekejap membeli kacang tanah dan jagung bakar.

Kami tiba di rumah kira-kira dalam jam 5.00 petang dengan selamatnya. Alhamdulillah..

Destinasi yang boleh anda singgah bila ke Kudat;

  1. Gombizau Honey Bee Farm
  2. Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse)
  3. Kampung Sumangkap Gong Factory
  4. Kelambu Beach
  5. Kudat Golf Club
  6. Maranjak Longhouse Homestay
  7. Tamu Kudat
  8. The Tip Of  Borneo – Tanjung Simpang Mengayau
  9. Gerai Kacang Tanah Kg. Tonsom
  10. Gerai Jagung Bakar Jalan Ulu Kukut – Menggaris

Bagi yang ingin bermalam di Kudat, boleh menginap di;

  1. Tip of Borneo Resort, Simpang Mengayau,
  2. Tampat Do Aman Jungle Camp (Marang Parang), Simpang Mengayau
  3. Kudat Golf and Marina Resort
  4. Ria Hotel
  5. The Upper Deck Hotel, Kudat

Sumber: Info Sabah

Carian Yang Berkaitan:

24 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam