The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Barangan Penting Untuk Dibawa Bercuti

Barangan Di Bawa Bercuti

Buat masa sekarang terlalu banyak destinasi menarik untuk dilawati. Tidak kira samaada di bandar, desa, pulau mahupun tanah tinggi. Ditambah pula dengan tawaran menarik tiket kapal terbang yang sememangnya mampu dibeli oleh sesiapa sahaja.

Persediaan awal dari perancangan cuti seperti tiket penerbangan, penginapan dan soal pengangkutan, barang-barang yang bakal dibawa bercuti seharusnya diambil kira juga.

Percutian yang diharapkan memberi kegembiraan boleh bertukar tragis bila anda terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak dijangka seperti terlupa membawa dokumen penting, terbawa barang yang dilarang, beg   terlebih berat dan pelbagai lagi.

Jesteru, jika anda bakal melancong dalam masa terdekat, pertimbangkan perkara berikut.

1. Pakaian

  • Tidak perlu membawa banyak pakaian jika anda bercadang untuk membeli-belah di sana.
  • Selain itu, bagi percutian jangka masa panjang, boleh menghantar pakaian kotor di dobi.
  • Bawa pakaian yang mudah kering.
  • Kira secara kasar bilangan hari dengan padanan pakaian yang akan digunakan serta bawa YANG PERLU SAHAJA.

2. Jenis Beg

  • Pilih beg yang selesa dibawa sendiri seperti beroda, kalis air, ada ciri keselamatan (berkunci) dan tahan lasak.
  • Saiz beg juga perlu diambilkira sekiranya anda menaiki pesawat yang menggunakan polisi saiz beg bagasi.
  • Sediakan sebuah beg kecil bagi memudahkan untuk menyimpan passport, kamera dan ubat-ubatan.

3. Peralatan elektronik  

  • Pada masa kini gajet moden banyak membantu memudahkan perjalanan kita. Sebuah telefon pintar mampu melaksanakan pelbagai kerja seperti mengambil gambar, gps dan sebagainya. Jadi kita boleh mengurangkan membawa gajet yang banyak dan besar.
  • Pada masa kini juga, kamera, komputer riba dan pelbagai lagi boleh didapati dalam saiz kompak. Sudah pasti ia lebih sesuai dibawa melancong.
  • Adaptor antarabangsa, bank kuasa, bateri kamera juga perlu dibawa. Ia pasti diperlukan.

4. Peralatan perhiasan diri

  • Membawa perhiasan diri, alat solek dan peralatan mandi perlu dibawa seminimanya.
  • Sebahagian hotel ada menyediakan peralatan mandi. Jadi, ruangan bagasi anda dapat dijimatkan.

5. Ubat-ubatan

  • Walaupun anda sihat sebelum memulakan perjalanan, pastikan membawa bekalan ubat yang mungkin ada perlukan seperti ubat untuk pening kepala, mabuk perjalanan, sakit perut dan apa sahaja yang anda rasa perlu.
  • Jangan pula membawa ubat-ubatan larangan terutamanya yang mengandungi dos dadah yang berlebihan.

6. Bahan bacaan

  • Masa yang terluang seperti menunggu teksi, dalam kapal terbang seharusnya digunakan sebaik  mungkin.
  • Selain tidur merehatkan diri, anda boleh membaca buku terutamanya buku panduan tempat yang anda bakal lawati seperti budaya adatnya, makanan, destinasi menarik dan sebagainya.

7. Makanan ringan

  • Perjalanan yang jauh membuatkan kita lapar. Jika semasa tempoh perjalanan disediakan makanan,  Ia suatu kelebihan kepada kita.
  • Selain itu, bagi pelancong yang beragama islam, sementara mencari restoran makanan halal, sekurang-kurangnya boleh mengalas perut yang lapar. Makanan yang sesuai adalah seperti mee/bubur segera, biskut, coklat dan gula-gula.
  • Membawa makanan dalam bentuk cecair dalam tin akan memberatkan lagi beg yang kita bawa dan ia seharusnya dielakkan.

Kredit : Gambar

Carian Yang Berkaitan:

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam