The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Balik Kampung : Kota Kinabalu Ke Miri

Perjalanan kami dalam misi hari pertama balik kampung berjaya walaupun menghadapi sedikit halangan semasa membuat pasport di Lawas.

Anak-anak, isteri dan makcik saya buatkan Pasport Terhad Ke Brunei. Pasport ini sah digunakan selama 5 tahun dengan bayaran sebanyak RM50 seorang. Jika mengikut kata pegawai Imigresen di sana, pasport siap dalam tiga hari. Namun dengan bantuan seorang pegawai di sana, kami menunggu lebih kurang 6 jam pasport siap. Kami bergerak dari Lawas pada jam 3.30 petang.

Sementara menunggu pasport siap, kami sempat ronda-ronda di Pekan Lawas.

Sempat juga membeli garam bukit dan beras dari Ba’Kelalan.

Minyak kereta pula, saya isi RM100 untuk perjalanan dari rumah saya ke Limbang. Semasa berada di Limbang, saya mengisi lagi RM50 sebagai persediaan memasuki negara Brunei. Kalau minyak tak cukup dan tersesat pula, pasti mengundang musibah. Baik isi dulu minyak sebagai persediaan awal.

Kami tiba di Miri jam 8 malam dengan jarak perjalanan 498km. Minyak pula tinggal 3bar.

p/s: gambar boleh lihat di istagram saya melalui blog peribadi saya Blog Encik Mus

Posted from WordPress for Android

Carian Yang Berkaitan:

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam