HOLOTHURIA SCABRA – Ia juga dikenali sebagai Sea Cucumber. Pendapatan purata RM3,000 seminggu seorang peraih balat tidak boleh dinafikan. Perniagaan ini sememangnya menguntungkan. Balat yang masih segar (belum diproses dibeli dengan harga RM8 – RM12 seekor. Setelah diproses, harganya boleh mencecah ratusan ringgit sekilo.
Balat adalah industri penternakan baru di Pulau Jambongan, Sabah. Balat yang diusahakan dari jenis Balat Putih/Pasir. Mungkin di tempat lain ia juga dikenali dengan nama gamat.
Benih Balat diperolehi dari pesisir laut oleh penduduk kampung dan dijual dengan harga RM1 seekor kepada penternak Balat. Proses pembesarannya mengambil masa sehingga 6 bulan, bergantung kepada cuaca sebelum dijual kepada peraih Balat.
Kemahiran peraih yang memproses sendiri Balat segar daripada terus menjualnya kepada restoran-restoran lebih menguntungkan. Balat yang diproses sendiri dan dikeringkan dijual terus kepada restoran-restoran sekitar Sabah dengan harga yang berlipat kali ganda. Tidak hairan jika Balat ini dikategorikan sebagai makanan orang kaya!
Penternakan balat mendapat sokongan kerajaan dan para penternak diberi bantuan membina sangkar. Pasti ini sedikit sebanyak membantu mengembangkan lagi industri ini. Bagi mengelakkan Balat diambil secara berleluasa dan mengelak kepupusan, maka Tagal Balat diwujudkan.
Gambar Balat
Sila Klik ‘No. Page’ Untuk Gambar Seterusnya



Bisnes dengan strategi boleh jadi usahawan.
Bila sudah bergelar usahawan berjaya, boleh jadi Jutawam.
Bila sudah jadi jutawan, jangan lupa orang susah.
Paling penting jangan lupa Allah.
Asyrof Asri dan entrinya..Wordless Thursday Part Lima
kalau semenanjung, industri terbesar buat minyak di Langkawi. Memang hebat khasiat menyebuhkan luka. boleh kata setiap keluarga mesti ade simpan minyak ni.
Denaihati dan entrinya..Tahniah Blog Kawan-Kawan Naik PR4
memang wajib kena simpan.. 1 keluarga 1 botol
Mustaffa Yasin dan entrinya..Tukar Cermin Kereta, Demi Keselamatan Bersama
Jom kita bisness Balat bro

Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Good Win GAYS!
balat ni gamat ye rupanya..mahal jgk harga nya kan
nuriz dan entrinya..Bila Siti Saleha Share Entri Aku Kat Wall FB Dia
kalau pandai proses mmg lebih menguntungkan..
Balat masak menu apa yang sedap a’a ? B3njy tak pernah makan lagi Balat ni …
b3njy dan entrinya..SEBUAH CERITA FANTASI
P/S : Komen B3njy tercatat pada-1 tahun lepas , aik amacam jadi cam tu …?
b3njy dan entrinya..SEBUAH CERITA FANTASI
masalah coding theme bro
tak pernah lihat
apa lagi memakannya
mereka masak macam mana, mus
goreng?
tehr dan entrinya..Seloka Orang Gagal
Sekali imbas macam telur ikan. Rupanya bukan. Pertenakan Balat dapat mengelakkan kepupusan ia adalah usaha baik walaupun untuk tujuan komersial
akubiomed dan entrinya..Permainan Congkak tradisional tidak luput dek zaman