Kaedah Penangkapan Ikan Dengan Bagang Di Sabah

hztours Kaedah Penangkapan Ikan Dengan Bagang Di Sabah

564227 315358525210218 1754373663 n Kaedah Penangkapan Ikan Dengan Bagang Di Sabah

CARA TRADISIONAL MENANGKAP IKAN – Gambar bagang di atas saya rakamkan semasa berada di Teluk Ambong, Kota Belud bulan lepas.

Bagang adalah struktur binaan di tengah laut , bertiang empat dan berbentuk empat segi. Keluasannya yang lazim adalah 20×20 kaki. Bagang berfungsi sebagai alat yang dibina untuk menangkap ikan bilis semasa bulan gelap. Terdapat banyak bagang dibina di beberapa lokasi di Sabah.

Bahan yang digunakan membuat bagang pula adalah pokok nibung, bakau, buluh, tali dan guni plastik. Batang nibung dipilih kerana batangnya yang lurus dan panjang hingga boleh mencapai melebihi 15 kaki. Jika dasar terlalu dalam, nibung akan disambung 2 menggunakan nat besi. Kebiasaannya, bakau dan buluh digunakan sebagai lantai. Untuk memacakkan tiang bagang, karung diisi dengan pasir dan diikat dengan tiang nibung untuk menenggelamkannya. Semakin banyak tiang, bermakna struktur bagang akan bertambah kuat. Ada juga sesetengah bagang dibuat terapung di laut dengan meletakkan tong-tong plastik dibawah lantainya.

Bagang banyak kelihatan di Perairan Teluk Marudu  semasa lawatan ke Pitas sempena Pesta Bengkoka minggu lepas.  Selain itu, daerah-daerah lain juga ada menggunakan kaedah yang sama untuk menangkap ikan.

Sumber: http://teamlempayun.blogspot.com

pixel Kaedah Penangkapan Ikan Dengan Bagang Di Sabah

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Fotografi and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Kaedah Penangkapan Ikan Dengan Bagang Di Sabah

  1. Pingback: Mahu Menjadi Blogger Siri 2 | Puadede.Com

  2. dah lama kawe dok sabah, tapi tak pernah nampak mende nie.. adeh malunya :D
    Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Desa Dairy Farm Mesilau Highland KundasangMy Profile

  3. tehr says:

    maksudnya bagang ni milik persendirian
    kawasan pula macam mana?
    sendiri pilih atau ditentukan oleh pihak berkuasa?
    tehr dan entrinya..EURO 2012 | Apa Kata PlatiniMy Profile

  4. suri says:

    walaupun dah moden ttp gunakan kadah tradisional jimat juga hasil pasti lumayan
    suri dan entrinya..Jangka Masa SebulanMy Profile

  5. suri says:

    uik cam sebijik kalap angkut ikan bilis ar…matilah anak2 ikan camni
    suri dan entrinya..Nyah Kau Dari SiniMy Profile

  6. Tak pernah tengok bende nie :) Hehehe///
    Izzuddin Fauzi dan entrinya..Bila TerhalangMy Profile

  7. akubiomed says:

    Pertama kali melihat kelengkapan menangkap ikan bilis.

  8. first time dgr..ade kesempatan leh pi tgk sendiri.. :)
    Jebeng Otai™ dan entrinya..Wordless Wednesday : PenyuMy Profile

  9. arrizz says:

    dekat bengkoka banyak gila bagang nie..hehe
    arrizz dan entrinya..Patung aksi Iron Man Mark VII dari filem The AvengersMy Profile

  10. kulanz says:

    bagang timbul..
    bapa aku pun ada bagang juga.. nanti boleh datang sana pegi memancing
    kulanz dan entrinya..Live Webcast Transit Venus 6 Jun 2012My Profile

  11. Maya says:

    ada masa singgahlah di kg inderasabah, tawau, pengelur bilis terbesar, bagang dorg byk istimewanya

  12. titan says:

    hoho..tangkap ikan bilis rupanya..
    titan dan entrinya..Mencintai Ain Maisarah – Part 5My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya