Awas! Gajah Melintas (Jalan Sepulut-Kalabakan)
Mungkin ada yang pernah melalui Jalan Sepulut-Kalabakan yang masih gravel (belum berturap).
Itulah jalan yang konvoi kami lalui pada hujung minggu lepas (22-24/01/2010) dari Kota Kinabalu ke Tawau. Perjalanan melalui jalan ini dapat menjimatkan masa berbanding menggunakan jalan biasa (berturap jauh melalui Ranau dan Sandakan). Walaupun masa jimat, namun perjalanannya melalui jalan gravel.. “Tuhan Sahaja Yang Tahu”!
Aku sempat rakam sedikit video untuk tatapan semua.
Jalan ini sejauh 145km dan memakan masa 2 jam (ikut jam dalam kereta aku) dengan kelajuan purata 80km/j.
Buat pertama kalinya aku memandu dalam keadaan jalan gravel yang bagi aku paling jauh dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD). Sebelum ini, pandu kereta 4WD dengan gear H2 tapi tak pernah guna gear H4. Aku ambil masa dalam 30 minit untuk menyesuaikan diri dengan keadaan jalan yang gravel dan berdebu.
Sepanjang jalan, pemandangan hutan hujan khatulistiwa memang cukup menenangkan tapi pada hakikat aku terpaksa memandu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada jalan. Sedikit terleka, padah jawabnya.
Cukup tertarik dengan papan tanda “AWAS! GAJAH MELINTAS!” Menurut kata kawan-kawan, memang ada gajah di situ! Tapi “GAJAH KECIK a.k.a B*B* HUTAN” adalah melintas semasa aku lalu di sana! Sayangnya kau tak sempat nak ambil gambar papan tanda tersebut.
Aku berasa sidikit kebosanan dalam perjalanan kerana dalam 30-60 minit aku kehilangan frekuensi radio. Lupa pula nak bawa CD/MP3. Yang seronoknya semasa di Tawau, rancangan radio dari Indonesia pun boleh di dengar (sempadan dekat jer)
Maliau Basin The Lost World, itu adalah satu tempat yang dilalui. Kalau ada masa yang cukup sudah pasti aku ke sana. Namun urusan kerja perlu diutamakan.
Ketika berada di Tawau, kami menginap di Hotel Kingston dan di bawah hotel tersebut terdapat restoran yang amat popular di Sabah/Malaysia iaitu Restoran Sri Keningau. Apa lagi, aku ambil lauk kegemaran aku iaitu kari kambing. Yum..Yum!
Pada 23/01/2010, program kami bermula dengan menjemput VIP dari Lapangan Terbang Tawau dan memandu ke Semporna! Buat kali pertama jugak menjadi pemandu import!
Di Semporna, ada berbagai-bagai program yang melibatkan kementerian tempat aku bekerja. Untungnya masyarakat Semporna kerana adanya pemimpin dari kawasan mereka.
Selepas selesai, kami bertolak balik ke Tawau dan keesokan harinya bertolak balik ke Kota Kinabalu melalui jalan yang sama (Kalabakan-Sepulut)
Info:
Tempat Menarik Sepanjang Perjalanan
(Oyong Rest Area -Ulu Kimanis)
(Taman Banjaran Crocker – Sebelum Keningau)
(Restoran Sri Sook- Menyediakan menu daging ‘payau’ atau rusa)

Dalam beberapa hari sahaja, bacaan meter di kereta mencatatkan bacaan 1344.6km dan kos minyaknya…ehem ehem (kira sendiri)






on
on
on
on 
about 7 months ago
best ada jak tempat tok……
bro..mek mauk nanyak apa plug in yang ktk guna untuk pasang iklan ya ? mun boleh kmk nak tauk….kmk plan nak offer iklan juak bah
about 7 months ago
mmg best!
guna post-layout untuk insert iklan
about 7 months ago
ok thanks bro…
about 7 months ago
sama-sama… sharing is caring hahaha!!
about 7 months ago
cantiknya pemandangan.. pakai camera apa yerk??
about 7 months ago
alam yang indah anugerah Allah! memang cantik!
guna kamera Nikon D60..
about 7 months ago
Ari tu masa duduk keningau, pernah rancang dgn kawan2 buat konvoi, keningau-tawau-sandakan-pitas.. tapi sbb masing2 sibuk, rancangan dibatalkan… btw, dah pernah lalui jalan baru dari sandakan ke pitas?
about 7 months ago
pernah geng.. lalui jalan paitan tu.. pernah pusing 1 sabah ikut jalan tu
about 7 months ago
wah.. jauh dah pjalanan tu..
kamipun biasa klu mau ke sandakan, tawau… memang akan ikut jalan paitan tu.. kira senanglah berbanding dulu..
about 7 months ago
jalan paitan tu kira shortcut.. tapi kalau kita limpas waktu malam.. mmg buat takut jugak tu.. sunyi sepi jalan tu..
about 7 months ago
Best betul perjalanan ni bro.. 4wd seja ka yang boleh lalu?
about 7 months ago
nampaknya ada viva lalu ikut jalan tu juga.. tapi diorang makan debulah..
about 7 months ago
great site..
about 7 months ago
thank you!
about 7 months ago
Bestnya dapat jejalan macam tu.. aku asyik jalan kat jem jer… tiap-tiap hari… huk huk
about 7 months ago
memang best bro.. banyak pengalaman yang kita dapat… syukur dengan kejadian alam.. cantik mata memandang!
about 7 months ago
Tertanya di mana gambar gajahnya hehe
about 7 months ago
hahaha… gajahnya masih mengeram!!
about 7 months ago
Best giler dok Sabah…
Aku memang dah lama nak gi Sabah ni.
Banyak tempat best2.
Tapi…hajat belum kesampaian.
about 7 months ago
Sabah mmg best. aku pon rasa dah taknak balik Sarawak lagi..
terlalu banyak tempat menarik.
kalau ada rezeki dan kesempatan tu.. pasti akan sampai ke Sabah!
about 7 months ago
Uih, jangan..!
Sarawak pun best ape…
Aweks die lawa2.
hehe…
about 7 months ago
wah.. citer pasal awek..
aweknya mmglah tip top..
pernah pergi Sarawak ke bro?
about 7 months ago
Tak penah pegi pun…
Tapi ramai aweks Sarawak kat dalam fb Aku,
sumanya ngetop2…
Muahaha…
about 7 months ago
Kena hati-hati ketika lalu kat kawasan yang ada gajah…Jangan buat gajah terkejut….
about 7 months ago
ye.. mmg betul tu.. kalau gajah naik minyak..
habis dikerjakannya nanti..
nasib baik masa kat sana tak jumpa si gajah tu!
about 7 months ago
salam..alamak bro, daging payau, rindunya nak makan, tak puas rasanya
about 7 months ago
ya.. daging payau!! sedap ho.. mmg tak puas!
about 7 months ago
menggamit kenangan lalu…aku di Sampolnak ketika jaman Sakaran Dandai, udah ingat2 lupa ko bah! wah…berubah suda wajahnya.
ps: kalo ada kesempatan di lain waktu, aku ingin sekali membaca posting bro berkaitan palau’ dan Majlis Perkahwinan Bajau Semporna sekarang ini, barangkali banyak sekali perbezaannya berbanding waktu dulu…
about 7 months ago
hohoho..
kenangan lalu mengusik jiwalah ni…
kalau ada kesempatan, nanti aku ‘menemuramah’ orang-orang kat sana.
‘palau’? boleh bagi klu sikit.. mcm menarik jer..