Apa Pendapat Anda Bila Anak Pakai ‘Bundle’
Salam Hari Sabtu..
Cerah sungguh hari ni. Kejap lagi nak temankan wife beli bahan-bahan buat kek di Kedai Kek Bake With Me, Inanam. Wife aku ni memang rajin belajar buat kek dan memasak sekarang. Syukurlah.. aku jugak yang boroi akhirnya. Wife aku siap buat entri mengatakan aku dah boroi (rujuk sini).
Berbalik kepada tajuk entri, memang tepat jika aku kaitan dengan pepatah
“Like Father, Like Daughter”
Sebenarnya, aku memang suka berkongsi cerita pasal bundle ni dengan wife aku. Wife aku pun dah termakan hasutan aku dengan kelebihan bundle. Dulu, bukan main dia tak suka.. Sekarang ni, lain pulak jadinya.
Amyra, dah makin bijak sekarang.. walaupun belum bersekolah. Cerita pasal bundle, dia pun berminat. Siap tanya wife aku lagi,
Malam tadi..
Amyra: Mama, hari ni hari apa?
Mama: Hari Jumaat. Kenapa?
Amyra: Esok papa cutikan?
Mama: Kenapa? Amyra nak jalan-jalan?
Amyra: Kita pergi bundle, Ma..
Mama: Ermm.. Pa, memang “Like Father, Like Daughter”
Papa: Yalah tu..
Aku baru lagi dalam dunia bundle/rombengan ni. Baru nak belajar brand, tag, jenis kain, band t-shirt, jenis jahitan dan macam-macam lagi. Nasib baik ada kawan yang memang otai bundle, Ridwan (Owner DallekShop)
Cuma bila anak-anak pun suka bundle, aku jadi serba salah. Tentulah, baju bundle ni memang tak baik dari segi kebersihan. Bila aku ajak beli baju baru, Amyra terutamanya dah pandai komen.. baju bundle lagi cantik (itu memang tak dapat dinafikan).
Mereka memang suka bershopping bundle dan suka berlari dalam barisan sidaian pakaian bundle (dah jadi tempat bermain pulak…)


Wife aku pulak, jadi ‘filter’ pakaian bundle yang diorang suka. Hanya yang elok dan kalau boleh yang ada tag sahaja dibeli. Aku pula ‘pembayar’ yang setia.
Wife aku lebih bekerja keras untuk membersihkan pakaian bundle anak-anak ni sebelum dipakai. Pakaian yang aku benarkan beli sekadar untuk pakaian bermain dan pakaian di rumah.
Mungkin persepsi korang dan aku mengenai bundle tak sama. Apa yang penting kebersihan dan ‘kepuasan’ adalah utama.
Untung jika tahu bundle… Boleh buat duit!!!





about 1 year ago
ok je…asal selesa dan jimat…
mamahani dan entrinya..Free childrens ebooks – Gecko-on-the-Wall
about 1 year ago
Bundle pun baju jugak. yang penting jangan terbeli bundle yang rosak dan berbau lipas tu….

Sabahan Bloggers Club dan entrinya..Kerdau- Merlimau by-election
about 1 year ago
memang kena tau memilih..
biar untung membeli
about 1 year ago
Saya rasa tidak ada masalah membeli pakaian bundle. Saya pun beli
about 1 year ago
ada jugak yang tak suka bundle..
about 1 year ago
saya pun ada baju2 bundle
xde masalah..hehe
Rie dan entrinya..AboutMe- Ceritakan Tentang Aku dan Kamu
about 1 year ago
janji puas hati..
about 1 year ago
salam..
anak-nak cepat membesar..
saya sendiri anak-anak saya
belikan bundle je..jimat dan
cantik..berjenama lagi..
zulkbo dan entrinya..Meninggal Dunia Akibat Bermain Game Internet
about 1 year ago
itu memang betul..
anak-anak memang cepat membesar. tak perasan mereka dah besar
about 1 year ago
Budaya bundle ni sudah lama.. Semasa saya kecil dahulu pun ia sudah popular.
Pada saya bundle itu ibarat mendapatkan kualiti pada harga yang berpatutan

anif dan entrinya..Perkhidmatan MyBlogLog Akan Ditamatkan
about 1 year ago
keaslian pakaian tu yang membuatkan hati puas..
about 1 year ago
apa masalahnya kalau pakai bundle.. ok apa..
jimat..hehehe
MDHAFiZ.NET dan entrinya..The Power Of Facebook – Be Careful While Facebook-ing!
about 1 year ago
ya.. memang jimat..
yang penting puas hati
about 1 year ago
bundle blh berjimat.hehe
about 1 year ago
ya! jimat adalah sebab berbundle